Sunday, August 1, 2010

Air Batu dan Jam Tangan


Ini gambar air batu yang dikeluarkan dari peti ais. Tak kira walau mahal macam mana sekalipun, walau beli di kedai mana sekalipun, hakikatnya air batu kalau dikeluarkan dari peti ais akan tetap cair.

Tetapi kalau kita pandai memanafaatkan air batu tersebut, sebelum ianya cair, maka air batu yang kosong itu boleh jadi macam ni...


Ya, ini dia Air Batu Campur. Kalau orang Perak panggil Ais Kacang. Sedappppp.

Kalau pandai dimanafaatkan air batu yang kosong tadi ia bolehjuga jadi macam ni...




Tapi kalau tak dimanafaatkan air batu tersebut... jadilah satu pembaziran yang macam ni...


Ini pula sebuah jam....


Jam ni, walau semahal mana sekalipun atau semurah mana sekalipun, fungsinya hanya satu.... iaitu untuk menunjukkan MASA....

Dan MASA yang kita lalui adalah sama seperti air batu. Kalau duduk-duduk dirumah...masa akan tetap berjalan, kalau bergebang2, masa akan tetap berjalan, kalau shoping2 masa akan tetap berjalan meninggalkan kita.

Kalau kita pandai manafaatkan masa yang ada.... kitalah yang akan beroleh keuntungan.

Duduk2 di rumah, 40 hari akan tetap juga berlalu...sekiranya berada di jalan Allah 40hari tetap juga akan berlalu.....

Thursday, July 8, 2010

Zon Selesa 2 : Kereta Lama VS Kereta Baru

(bukan untuk dijual)

Ini kereta Datsun 160J. Kereta tahun 1973 tapi aku beli tahun 2001 bukan 2nd hand tapi aku ni entah keberapa hand dah. Aku beli sebab sambung belajar di UPSI, sambung belajar gaji separuh aje beb, anak dah ada 2 orang (masa tu ler)... terpaksa jual kereta proton (sebelum beli kereta ni, aku pakai kereta proton....kes tak mampu bayar bulan2 le ni) beli kereta cash jer senang... bulan2 tak sakit kepala.

Kereta ini enjin memang ok, tapi tahap ok kereta lama ler...tak berapa konfiden untuk jalan jauh (kereta lama), aircond pulak kejap ada kejap tak ada... Setiap kali memandu kereta ni, kita berada dalam satu zon yang tak selesa...bimbang tersadai di tepi jalan...paling jauh aku pernah bawak kereta ni dari KL ke Ipoh.

Pernah satu kes.... semasa di Tanjung Malim (UPSI) aku ngan wife bersama dua orang anak terpaksa balik Ipoh di tengah malam. Memandangkan kereta ni tak berapa konfiden tapi dah tak ada pilihan lain terpaksa bawak ler jugak. Sebelum bertolak, aku ngan wife solat hajat dulu (minta bantuan Allah swt supaya sampaikan juga kami ke Ipoh walau dengan kereta buruk ni).

Dalam perjalanan di tengah malam tu, di tengah lebuhraya..tiba2, hujan turun dengan lebatnya... air cond tak ada le pulak...bayangkanlah keadaan masa tu! wife kat sebelah tak boleh tidur, bimbang...berada di zon tak selesa....anak 2 orang dah mula menangis... wife dah diam semacam jer.... Apa lagi harapan yang ada? suruh wife tawajuh pada Allah swt, aku ngan wife pun tak ada cerita lain, hanya cerita kebesaran Allah swt, apa lagi...buat dakwahlah masa tu, supaya betulkan keyakinan bahawa kereta tiada kuasa ... yang berkuasa hanyalah Allah swt... Allah swt boleh sampaikan kita ke Ipoh walau dengan kereta buruk sekalipun... itu ajelah perbualan yang keluar antara aku ngan wife. Sepanjang perjalanan wife memang tak boleh tidur....

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt jua, kami selamat tiba di Ipoh di tengah malam dalam hujan lebat dengan memandu kereta buruk tanpa aircond... sampai Ipoh jer, aku ngan wife terus sujud syukur, masa tu betul2 yakin... Allah swt maha berkuasa...kereta tak ada kuasa apa2 pun.... yang menyampaikan kita ke sesuatu tempat bukan kereta tetapi Allah swt.


(ini juga bukan untuk dijual)

Ini pulak kereta Toyota Avanza. Kereta tahun 2008 dan aku beli pun tahun 2008, kira beli kereta baru ler...1st hand... Antara sebab beli, anak dah bertambah (dah ada 5 orang) dan nak bagi selesa le sikit....

Memandangkan kereta baru, so enjin sentiasa ok ler, air cond pun ok... setiap kali memandu kita berada dalam satu zon yang selesa dan rasa macam konfiden jer boleh sampai.

Pernah satu kes, aku ngan wife bersama 5 orang anak nak balik Ipoh dari KL di tengah malam. Sebab yakin ini kereta baru, selesa dan konfiden boleh sampai...so, terlupa le pulak nak buat solat hajat sebelum memandu. Dalam perjalanan dari KL ke Ipoh tu, di lebuhraya,di tengah malam...tiba2 hujan turun dengan lebatnya.... aircond sejuk... wife terlena dibuai mimpi, anak2 semua lena hingga ada yang meleleh air liur basi. Semua dalam zon selesa so dapat ler tidur dengan lena dengan mimpi2 indah. Aku yg tengah drive pun konfiden jer... siap boleh layan radio lagi...huhuhu

Alhamdulillah, sampai Ipoh dengan selamat. Sebab badan dah letih, so sampai relax kejap pastu tidur... lupa ler pulak nak sujud syukur...tak macam bawak kereta lama dulu...huhuhuhu

Moral of the story????

Saturday, June 26, 2010

Zon Selesa 1 : Dialog Anak Unta Bersama Ibu Unta




Seekor anak unta telah bertanya 3 soalan kepada ibunya.

Soalan 1 :
Kenapa bulu mata kita ni panjang...tak lawa.
Jawab si ibu unta, unta tinggal di Padang Pasir, banyak pasir berterbangan, jadi Allah swt beri bulu mata ni panjang supaya bulu mata ni boleh jadi penghalang daripada pasir masuk ke dalam mata. Bulu mata unta ni saling kait seperti perangkap dan melindungi matanya dari badai pasir yang kuat. Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.

Soalan 2 :
Kenapa bonggol kita tinggi sangat, kan tak lawa tu.....
Jawab si ibu unta, unta ni tinggal di tengah padang pasir... sukar nak dapat bekalan air dan makanan, jadi Allah swt jadikan bonggol ni tinggi dan besar supaya dapat menyimpan air sebagai bekalan kita dalam perjalanan. Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.

Soalan 3 :
Kenapa kulit kaki kita tebal dan tapak kaki kita besar tak lawa ....tak macam kaki kuda...
Jawan si ibu unta, unta ni tinggal di padang pasir. Dengan kulit yang tebal dan tapak kaki yang besar membantu unta berjalan di padang pasir dengan mudah tanpa terperosok. Selain tu, kulit tebal di bawah telapak kaki merupakan perlindungan terhadap pasir yang membakar.
Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.


Apabila ketiga-tiga soalan ini telah dijawab oleh ibu unta, anak unta ini bertanya lagi pada ibunya....."ibu, Allah swt telah beri tiga kelebihan atau nikmat ini pada kita...
tetapi kenapa kita tak dapat rasai nikmatnya?????????????"
Siibu unta terdiam seketika...dan dengan suara yang perlahan, ibu unta menjawab..."kita tak dapat rasai ketiga2 ni sebagai satu nikmat sebab kita tinggal dalam zoo........ sekiranya kita tingga di luar zoo.... barulah kita tahu betapa bulu mata yang panjang, bonggol yang besar dan kaki yang luas ni satu nikmat....." sambung si ibu unta lagi...." kita tinggal di dalam zoo....kita berada dalam zon selesa.... bila berada dalam zon selesa, kita lupa hargai apa yang kita ada...huhuhuhuhu


MORAL OF THE STORY ??????

Monday, June 21, 2010

Janggut, Kopiah, Tudung, Purdah dan Suasana


Gambar Hiasan :
pompuan depan tu tertunduk malu.....


KES 1:

Aku ngan family pergi makan kat salah sebuah restoran terkenal kat Ipoh. Mula-mula masuk kedengaran lagu Rock XPDC (hentian perjalanan) diputarkan agak kuat jugak. Bila aku yang berjangggut dan berkopiah serta isteri yang berpurdah dan anak2 yang bertudung duduk jer dan minta order.... tak lama lepas tu, pekerja kedai tu tukarkan lagu dari lagu Rock kepada lagu Nasyid (Rabbani - Pergi tak kembali).... sepanjang aku makan kat situ, dari satu lagu ke satu lagu nasyid dimainkan.

wife aku tanya kat aku..."dorang ni tukar lagu nasyid sebab kita ada kat sini ke?"
aku jawab..."ntah...". Untuk memastikan adakah kerana kami di situ yang menyebabkan mereka tukar kepada lagu nasyid.... setelah selesai makan, dan membuat pembayaran kami pun pergi...beberapa minit kemudian...aku sajer jer balik semula ke kedai tu...saja buat2 lalu kat situ...aku dengar kedai tu mainkan semula lagu XPDC.....wakakakaka.. Confirm sebab kami kat situ tadi dorang pasangkan lagu nasyid....

KES 2 :

Beberapa bulan yang lalu, hari sabtu cuti sekolah. Wife ngan anak2 ajak aku pergi ke Taman Rekreasi Sultan Abd Aziz (padang polo) Ipoh.... wife sajer nak jalan2 nak kuruskan badan ler tu....hehehe... so, macam biasa...aku berjanggut, berkopiah dgn wife berpurdah ngan anak2 bertudung.

Kami jalan2 ikut trek jogging... sambil memintas beberapa couple yang sedang duduk2 , tak tau ler apa yang dorang tengah buat.... Setiap kali memintas couple2 tersebut jer... tiba2 si lelaki akan bangun dan buat macam2 aktiviti utk menunjukkan yg mereka tu tak duduk rapat2.... macam orang bersalah jer gayanya...hehehehe


MORAL OF THE STORY ??????

Saturday, June 19, 2010

Bagaikan Biskut...



Dulu-dulu sekitar tahun 90an rasanya, ingat lagi iklan biskut ni..."kejap ada...kejap tiada'..."now you see..now you don't"

Hahahahahhahaha

Aku rasa dah hampir 6 bulan aku tak update blog ni. Malah rasanya dah lebih dari tu. Ramai gak member2 tanya, "apa dah jadi ngan blog syeikh? sunyi jer"

Baru2 ni, sorang lagi member hantar msg, bertanya mana entry2 terbaru kat blog tuan, dah lama senyap jer.

Apa yang aku nak jawab?? Aku cuma bagi tahu... bagaikan biskut chipsmore...."now you see, now you don't"
hari ni korang boleh tengok ada posting terbaru.... entah bila akan ada posting berikutnya.... walau setiap hari aku azam nak update blog ni...huhuhuhu

Wednesday, January 27, 2010

SEJAUH MANA KEYAKINAN KITA?

Hari ini kita ada agama, sejauh mana kita letakkan keyakinan kita bahawa kejayaan manusia hanya dalam agama.

Hari ini kita ada amalan agama, sejauh mana kita letakkan keyakinan bahawa setiap masalah yang datang penyelesaiannya adalah dalam amalan agama.

Hari ini kita buat usaha agama, sejauh mana kita letakkan keyakinan kita pada usaha ini hingga hingga kita jadikan usaha ini sebagai maksud hidup kita.

Orang yang menjadikan usaha agama sebagai maksud hidupnya ialah mereka yang apabila datang keperluan dunia, dalam masa yang sama datang takaza agama, mereka akan dahulukan takaza agama.

Sama-sama kita fikirkan.

Monday, January 11, 2010

ADAKAH KITA SEKADAR MEREBUT NAMA ALLAH

Nampaknya isu penggunaan nama Allah masih belum reda lagi. Kejadian gereja di bakar makin menjadi, difahamkan sebanyak 7 buah gereja mengalami cubaan dibakar.

Perlukan kita melatah dalam isu yang seolah sengaja disensasikan ini. Penulisan ustaz Hambali di dalam blognya Al-alostari amat baik untuk kita renung bersama dalam menjawab persoalan isu nama Allah ini. Beikut apa yang beliau tuliskan...


Seminggu dua minggu ini di akhbar Arus Perdana, stesyen T.V tempatan malah berlebih lagi di internet hampir kebanyakan blogger politik pasti membincangkan berita sensasi berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia.

Ada di kalangan ulama kita yang menyokong dan ada di kalangan ulama yang menentang. Ustaz Harun Din , Ustaz Zaharuddin dan juga Ustaz Zamihan menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia. Manakala Ustaz Asri Zanul Abidin mantan Mufti Negeri Perlis serta beberapa orang ustaz-ustaz aliran Salafi Wahabi pula menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’. Masyarakat awam jadi keliru, rata-rata memperkatakannya di masjid dan surau juga tidak ketinggalan di kuliah-kuliah di setiap masjid dan surau pasti isu ini disentuh oleh penceramah-penceramah agama. Malah di warung-warung kopi juga tidak ketinggalan memperkatakannya. Yang jelas orang awam menjadi keliru. Yang mana satu yang benar dan yang mana satu yang tepat?

Karkun-karkun yang biasanya tidak menyentuh persoalan politik semasa namun turut juga terheret memperkatakan isu yang sensitif ini. Yang menyedihkan ada di kalangan penulis blog politik Tanah Air turut mengutuk ulama yang tidak sefaham dengan pandangan mereka. Sebagai contoh ada di kalangan ustaz juga salah seorang penulis blog mengutuk Ustaz Harun Din dengan digelar sebagai ‘Ulama Kepala Lutut’. Ini amat menyedihkan gara-gara kalimat ‘Allah’, ulama telah dihina sebegitu rupa. Ringkasnya kita bertengkar dan bergaduh sesama Islam sedang pihak Kristian ke hulu ke hilir memikirkan bagaimana dakyah mereka boleh sampai kesasaran masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Di dalam kesibukan kita bercakaran sesama sendiri, mereka masuk kelorong-lorong sekitar taman-taman perumahan melihat bagaimana strategi mereka terhasil. Beberapa hari yang lalu sekumpulan beberapa orang asing yang berwajah ‘Mat Salih’ beserta beberapa orang lelaki dan perempuan tempatan (Cina dan India) dengan pakaian seperti ‘Nun’ masuk ke taman perumahan sekitar Senawang ,Seremban berjalan ke lorong-lorong yang tidak diketahui maksudnya. Namun gelagat mereka mencurigakan penduduk setempat. Apakah ini sebahagian daripada perancangan strategi mereka?

Ini lah yang menyedihkan. Kita masih lagi sibuk berdemontrasi dan berceragah namun disebaliknya pihak musuh memasang strategi tersembunyi. Di dalam situasi kemerosotan iman di kalangan masyarakat kita dengan berbagai kejadian trajis yang saban waktu terpapar di akhbar tempatan. Remaja-remaja yang telah runtuh akhlak dan moral dengan berbagai maksiat, dari tangkapan khalwat malam Tahun Baharu di hotel-hotel baget sampailah kepada amalan zikir ‘Black Metal’. Namun kita masih lagi mencari penyelesaian dengan demontrasi jalanan serta bergeseran sesama sendiri memberi hujah demi hujah membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian di Malaysia.

Kita berteriak agar Islam jangan dihina dengan penggunaan kalimat 'Allah' namun amalan asas agama masih lagi tercicir di dalam masyarakat kita. Kehadiran untuk Solat Suboh di masjid dan surau masih lagi boleh dikira dengan jari. Amalan bangun untuk Solat Malam dalam masyarakat hampir-hampir hilang. Yang bangun hanya beberapa kerat sahaja untuk menadah tangan di waktu Sahur dengan diiringi tangisan memohon keampunan kepada Allah atas kelalaian umat.

Penulis tidak bermaksud menghina dan mengondem mereka-mereka yang berdemontrasi namun itulah hakikatnya apa yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita. Kelemahan kitalah yang menyebabkan musuh mengambil kesempatan atas ruang-ruang yang ada.

Bila British datang menakluki India suatu masa dulu, ribuan masjid telah di roboh dari Selatan India sehinggalah ke Utara India. Sepanjang perjalanan dari kawasan Selatan India pasti kita akan melihat dengan jelas kesan-kesan masjid yang diroboh. Menurut penduduk setempat sejumlah 2 ribu masjid telah diroboh oleh British di Selatan India, yang berbaki sekitar 2 ratus sahaja. Namun ketika itu masyarakat setempat memperkemaskan amalan masjid mereka sehingga menyebabkan ribuan kaum Hindu memeluk agama Islam. Ini terbukti apabila penulis sendiri pernah berada di sana pada tahun 1992. Ketika itu sekitar 9 buah kampong Hindu yang penduduknya telah memeluk agama Islam. Ianya satu kejutan buat pemerintah India ketika itu.

Ketika seorang Superintendent British di Delhi mengistiharkan bahawa Al-Qur’an di dalam simpanan masjdi-masjid di Delhi dibakar, Jutaan naskah Al-Qur’an yang berjaya dikumpulkan dan dibakar dikawasan awam di Delhi yang mana mendatangkan kemarahan Masyarakat Islam ketika itu. Namun tidak ada tindakan demontrasi oleh mereka di jalan-jalan. Apa yang ada, mereka memperkemaskan madrasah ‘Hafizul Quran’ seluruh India. Ketika acara pembakaran Al-Qur’an dilakukan oleh Superintendent British berkenaan, datang seorang Maulana yang telah tua beserta cucunya yang berumur sekitar 6/7 tahun mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “Tuan! Kamu boleh membakar jutaan naskah Al-Qur’an, namun tuan boleh lihat sekarang ini.” Ketika itu beliau meminta cucunya membaca beberapa lembaran Al-Qur'an melalui hafalan dan cucunya membaca dengan begitu lancar sekali sehingga memberi kesan pada mereka yang berada di situ.Lanjutnya beliau terus mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “ Tuan boleh membakar jutaan Al-Qur'an namun tuan tidak akan boleh membakar Al-Qur’an yang berada di dalam dada anak-anak kami.”

Lihat di sisi kita sekarang ini, apakah tindakkan yang kita ambil sekarang ini jalan terbaik memelihara kehurmatan kalimah ‘Allah’? adakah dengan demontrasi dan pembakaran 3 buah gereja satu jalan terbaik bagi meninggikan kalimah ‘Allah’? Namun dalam waktu yang sama kalimah ‘Allah’ itu hilang dari dada orang-orang Islam sekarang ini. Kehebatan kalimah itu pun telah lama hilang di hati kita.

Firman Allah swt, “Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman adalah mereka-mereka yang apabila disebutkan KALIMAT ALLAH gemetar hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) iman mereka. Dan hanya kepada tuhan mereka, mereka bertawakal.” (Al-Anfal : 2)

Inilah sifat yang ada kepada sahabat Nabi saw ketika ayat ini diturun. Miski pun ketika itu masyarakat Arab Jahiliah mengakui Allah sebagai pencipta mereka, alam dan sebagainya. Ringkasnya mereka menggunakan kalimat ‘Allah’ ini di dalam perbualan mereka malah jika mereka bersumpah atas perkara yang berat dan hebat pasti mereka akan bersumpah dengan menggunakan kalimat ‘Allah’. Ini terbukti sebagaimana kata-kata Ubai bin Khalaf ketika bersumpah di hadapan pembesar Quraish. Semua ini tidak merubah amalan, akidah dan pegangan sahabat terhadap Islam. Malah Islam mendatangi hati-hati pemusuh Islam sehingga mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam.

Saudara-saudaraku semua renunglah sejenak. Marilah kita kembali semula kepada amalan awal umat ini di dalam membentuk generasi Islam yang utuh. Kembali kepada amalan DAKWAH sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw dan sahabat rhum.

Wallahu’alam

sumber : klik di sini

Tuesday, January 5, 2010

1 Malaysia Fikir Tentang ALLAH




Maha Suci Allah.
Hari ini 1 Malaysia fikir tentang ALLAH.
Daripada Pak Aji di Kedai Kopi, hingga lah ke Pak Menteri di Sidang Parlimen, semua mula fikir tentang Allah.
Di ruang legar surau pak aji bercerita tentang Allah, di ruang legar coffee house Datuk Menteri juga bercerita tentang Allah.

Tapi agak-agaknya, dalam ramai-ramai yang mula bercerita tentang wajar atau tidaknya perkataan ALLAH digunakan oleh orang kafir, berapa ramai pula yang ingin bercerita tentang kehebatan dan keagungan ALLAH.

Berapa ramai pula yang ingin memperkatakan dan cuba mengamalkan seratus peratus PERINTAH-PERINTAH ALLAH.

Perintah ALLAH dalam imaniat,
Perintah ALLAH pada ibadat,
Perintah ALLAH pada muamalat,
Perintah ALLAH pada muasyarat dan
Perintah ALLAH pada akhlakiat.

Orang yang telah mengamalkan seratus peratus kehidupannya mengikut perintah-perintah ALLAH ialah baginda Nabi Muhammad SAW. Bagindalah yang telah mengamalkan 100% perintah ALLAH dalam kehidupannya.

Dan golongan yang telah mengikuti seratus peratus kehidupan baginda Nabi Muhammad saw pula ialah para sahabat r.hum. Golongan yang ALLAH swt sendiri redha ke atas mereka. Inilah 124 ribu para sahabat yang mengikuti 100% kehidupan nabi dan sama-sama berjuang untuk menegakkan agama ALLAH di permukaan alam.

Justeru itu, hari ini bila ramai mula fikir tentang ALLAH, marilah sama-sama kita fikir pula bagaimana untuk mengamalkan SERATUS PERATUS PERINTAH ALLAH dalam kehidupan kita.

Moga ALLAH pilih saya dan kita semua untuk mengamalkan 100% perintah-perintahNYA.
AMIN....

Monday, January 4, 2010

40 Hari Keluar Bersama Jemaah Pekak Bisu



Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, satu jemaah terdiri dari 7 orang pekak bisu bersama 7 orang normal dapat dibentuk untuk membuat usaha agama selama 40 hari di sekitar markas Jitra dan Sg Petani.

Jemaah yang dibentuk pada 22/11/2009 dan tangguh pada 1/01/2010 ini telah membuat usaha di 12 buah masjid dan surau sekitar Sg Petani dan Jitra.

Pekak dan bisu, satu golongan yang kita sering sisihkan selama ni., tidak pernah kita fikir bagaimana pengetahuan agama perlu sampai kepada mereka. Amat menyedihkan sekali, golongan ini amat kehausan tentang pengetahuan agama. Amat mengejutkan sekali apabila didapati kebanyakan golongan pekak bisu ini beranggapan bahawa Allah swt adalah seorang lelaki. Apabila ditasmid kefahaman mereka tentang Allah, kebanyakan itulah jawaopan yang diberi. Ada yang mengatakan Allah lelaki, ada yang mengatakan Allah berjanggut, dan ada juga yang mengatakan Allah dan nabi muhammad adalah suami isteri. Input berkaitan agama tidak pernah sampai ke pengetahuan mereka selama ini. Begitu sedih sekali.

Apabila diceritakan kepada mereka kisah Nabi Musa, mereka begitu terpesona sekali. Bayangkan, umur mencecah 30 tahun, tidak pernah mendengar kisah Nabi Musa dan Firaun. Juga dalam umur sedemikian, mereka langsung tidak mengetahui bahawa adanya azab kubur.

Inilah satu takaza (tanggungjawab agama) yang perlu kita fikir bersama.


Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails