Thursday, July 8, 2010

Zon Selesa 2 : Kereta Lama VS Kereta Baru

(bukan untuk dijual)

Ini kereta Datsun 160J. Kereta tahun 1973 tapi aku beli tahun 2001 bukan 2nd hand tapi aku ni entah keberapa hand dah. Aku beli sebab sambung belajar di UPSI, sambung belajar gaji separuh aje beb, anak dah ada 2 orang (masa tu ler)... terpaksa jual kereta proton (sebelum beli kereta ni, aku pakai kereta proton....kes tak mampu bayar bulan2 le ni) beli kereta cash jer senang... bulan2 tak sakit kepala.

Kereta ini enjin memang ok, tapi tahap ok kereta lama ler...tak berapa konfiden untuk jalan jauh (kereta lama), aircond pulak kejap ada kejap tak ada... Setiap kali memandu kereta ni, kita berada dalam satu zon yang tak selesa...bimbang tersadai di tepi jalan...paling jauh aku pernah bawak kereta ni dari KL ke Ipoh.

Pernah satu kes.... semasa di Tanjung Malim (UPSI) aku ngan wife bersama dua orang anak terpaksa balik Ipoh di tengah malam. Memandangkan kereta ni tak berapa konfiden tapi dah tak ada pilihan lain terpaksa bawak ler jugak. Sebelum bertolak, aku ngan wife solat hajat dulu (minta bantuan Allah swt supaya sampaikan juga kami ke Ipoh walau dengan kereta buruk ni).

Dalam perjalanan di tengah malam tu, di tengah lebuhraya..tiba2, hujan turun dengan lebatnya... air cond tak ada le pulak...bayangkanlah keadaan masa tu! wife kat sebelah tak boleh tidur, bimbang...berada di zon tak selesa....anak 2 orang dah mula menangis... wife dah diam semacam jer.... Apa lagi harapan yang ada? suruh wife tawajuh pada Allah swt, aku ngan wife pun tak ada cerita lain, hanya cerita kebesaran Allah swt, apa lagi...buat dakwahlah masa tu, supaya betulkan keyakinan bahawa kereta tiada kuasa ... yang berkuasa hanyalah Allah swt... Allah swt boleh sampaikan kita ke Ipoh walau dengan kereta buruk sekalipun... itu ajelah perbualan yang keluar antara aku ngan wife. Sepanjang perjalanan wife memang tak boleh tidur....

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt jua, kami selamat tiba di Ipoh di tengah malam dalam hujan lebat dengan memandu kereta buruk tanpa aircond... sampai Ipoh jer, aku ngan wife terus sujud syukur, masa tu betul2 yakin... Allah swt maha berkuasa...kereta tak ada kuasa apa2 pun.... yang menyampaikan kita ke sesuatu tempat bukan kereta tetapi Allah swt.


(ini juga bukan untuk dijual)

Ini pulak kereta Toyota Avanza. Kereta tahun 2008 dan aku beli pun tahun 2008, kira beli kereta baru ler...1st hand... Antara sebab beli, anak dah bertambah (dah ada 5 orang) dan nak bagi selesa le sikit....

Memandangkan kereta baru, so enjin sentiasa ok ler, air cond pun ok... setiap kali memandu kita berada dalam satu zon yang selesa dan rasa macam konfiden jer boleh sampai.

Pernah satu kes, aku ngan wife bersama 5 orang anak nak balik Ipoh dari KL di tengah malam. Sebab yakin ini kereta baru, selesa dan konfiden boleh sampai...so, terlupa le pulak nak buat solat hajat sebelum memandu. Dalam perjalanan dari KL ke Ipoh tu, di lebuhraya,di tengah malam...tiba2 hujan turun dengan lebatnya.... aircond sejuk... wife terlena dibuai mimpi, anak2 semua lena hingga ada yang meleleh air liur basi. Semua dalam zon selesa so dapat ler tidur dengan lena dengan mimpi2 indah. Aku yg tengah drive pun konfiden jer... siap boleh layan radio lagi...huhuhu

Alhamdulillah, sampai Ipoh dengan selamat. Sebab badan dah letih, so sampai relax kejap pastu tidur... lupa ler pulak nak sujud syukur...tak macam bawak kereta lama dulu...huhuhuhu

Moral of the story????

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails