Tuesday, January 13, 2009

Bagaimana Kita Memerhati Isu Palestin

Sememangnya tiada isu yang lebih penting untuk diperkatakan pada masa ini melainkan isu Israel dan Palestin. Semua telah bersuara, bersembahyang hajat sudah, demontrasi sudah, boikot sudah, rangkaian sms sudah, pak menteri juga telah bersatu suara di dewan negara, bloggers juga tidak kurang hebatnya dengan berbagai-bagai persepsi meluahkan isi hati mengenai Israel dan Palestin.

Bagaimanakah kita melihat isu ini? Jika kita kecilkan skop memerhatikan isu ini, memang kita akan dapati isu ini ia sekadar isu politik. Konflik antara Israel, Hamas, Fatah, Mesir tidak terkecuali pembabitan ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin. Tidak dinafikan, serangan Israel ke atas bumi Gaza seolah direstui oleh Mesir yang ingin menyekat kebangkitan Hamas. Rasanya dah ramai bloggers memperincikan mengenai perkara ini.

Kerana itulah, apabila ada blogger mengatakan Palestin menjadi
"AYAM ADUAN KEPENTINGAN POLITIK ARAB", ramai yang menyetujuinya. Ini kerana kita memerhatikan isu ini dengan skop yang kecil. Kita memerhatikan Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sahaja. Kerana itulah kita dapati ia tidak lebih dari sebuah isu politik untuk mendapatkan dan mempertahankan kuasa.

Sebenarnya, isu ini kita perlu lihat dengan skop yang lebih luas. Jangan dilihat serangan ke atas Gaza sahaja, tetapi lihat serangan ke atas ummat Islam seluruhnya. Kaitkan serangan ini dengan serangan ke atas taliban di Afghanistan, isu Iraq, Bosnia, 11 September, isu Pakistan dan India serta penghinaan terhadap Islam di seluruh dunia. Semuanya seolah berjalan seiring dan seperti telah dirancang dengan rapi. Siapakah yang merancang? Siapa punya agenda dan apakah agenda tersembunyi yang sebenarnya? Inilah yang perlu kita fikirkan secara bijak tanpa dipengaruhi oleh emosi.

Satu persatu kita perhatikan isu ummat Islam mewarnai isu-isu dunia. Umat Islam terus menerus ditindas, dihina seolah-olah ada pihak ingin mencabar umat Islam sejagat. Siapa yang mencabar dan siapa yang empunya agenda?

Diandaikan ummat Islam seluruh dunia ini bagaikan suatu jasad. Jasad kita mempunyai berbagai anggota yang berlainan bentuk, saiz dan peranannya. Semua anggota jasad ini bekerjasama antara satu sama lain. Seluruh anggota jasad dihubungkan dengan pengaliran darah. Pengaliran darah ini memberi kesan yang amat penting bagi sesebuah jasad. Sekiranya darah kotor, berbagai-bagai penyakit akan timbul di jasad tersebut. Difahamkan, penyakit bisul timbul juga kerana darah yang kotor. Malah, sekiranya darah tidak mengalir, jasad tidak akan berfungsi lagi. Anggota-anggota jasad tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain lagi. Begitulah pentingnya darah bagi sebuah jasad.

Darah bagi ummat ini ialah 'AMAL'. Amal lah yang menyatukan ummat ini seluruh alam, walau berlainan bangsa dan negara. Sekiranya ummat ini meninggalkan amalan agama yang sebenar, tidak lagi mentaati perintah Allah dan mengikuti sunnah nabi s.a.w, bererti AMAL ummat ini dipenuhi dengan kekotoran demi kekotoran. Apabila amal umat ini dipenuhi dengan kekotoran, penyakit pun timbul dalam jasad ummat ini. Kerana itulah penyakit demi penyakit telah datang kepada ummat ini. Ummat ini telah menjadi seperti hidangan yang sedang diratah oleh orang-orang kafir.

Hari ini ramai yang marahkan Amerika. Ramai yang membuat demonstrasi menunjukkan penentangan terhadap Amerika dan sekutunya. Bagus. Alhamdulillah Syukur. Tetapi bagaimana pula dengan
amalan AMERIKA yang berada dalam diri kita. Apakah kehidupan kita hari ini lebih menyamai kehidupan Amerika atau kehidupan suci murni nabi s.a.w. Adakah fikir kita menyamai fikir Amerika atau fikir nabi s.a.w. Apakah usaha kita menyamai usaha orang-orang Amerika atau menyamai usaha nabi s.a.w dan usaha para sahabat? Apakah kerisauan kita menyamai seperti kerisauan orang-orang Amerika atau menyamai kerisauan nabi s.a.w. Sekiranya kehidupan kita lebih mirip kepada kehidupan Amerika, bagaimana harus kita membuat demontrasi dan Boikot barangan Amerika!

Hari ini kita mengatakan benci dan penentangan terhadap Amerika, tetapi kehidupan Amerika itu kita ambil! Orang-orang Barat (Amerika khasnya) menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupa mereka, kita juga menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupan kita. Dalam masa yang sama, kita mengatakan kita menyayangi Baginda nabi saw, tetapi sejauh mana hala tuju kehidupan nabi menjadi hala tuju kehidupan kita? Sejauh mana kita telah ambil kerisauan nabi sebagai kerisauan kita. Di saat wafat nabi saw hanya risaukan ummati dan solat, sejauh mana kita hari ini menjadikan ummat ini dan kepentingan solat sebagai keutamaan fikir risau bimbang kita?

Sesungguhnya, Amerika atau Israel tidaklah sehebat mana. Sebaliknya kita hari inilah yang telah lemah. Amerika tidak kuat tetapi kitalah yang lemah. Kita lemah kerana kita telah jauh dari pertolongan Allah. Pertolongan Allah akan datang hanya apabila ummat ini kembali kepada maksud kehidupan mereka yang sebenar. Apabila AMAL ummat ini menepati piawaian amalan agama, nusrah (bantuan) Allah akan mengiringi ummat ini.

Jadi, apakah penyelesaian yang terbaik yang perlu kita ambil untuk membersihkan ummat ini dari berbagai-bagai penyakit yang melanda? Ummat ini perlu disedarkan segera agar kembali kepada kehidupan mereka yang sebenar. Berapa banyak masjid yang menjadi kosong? Berapa ramai orang Islam yang meninggalkan solah? Berapa ramai ummat ini yang terikat dengan amalan RIBA? Penyakit-penyakit inilah yang perlu dibersihkan segera.

Allah swt telah memberi nusrah / bantuannya kepada ahli-ahli Badar. Tetapi Allah swt tidak mengatakan bahawa nusrahnya khas untuk ahli-ahli Badar sahaja, sebaliknya Nusrah Allah akan dikecapi sekiranya kita kembali kepada amalan ahli-ahli Badar. Memang kita tidak akan mampu menyamai mereka, sekurang-kurangnya kita menuju ke arah itu.

Allah maha mengetahui...

Monday, January 12, 2009

Kisah Anak Harimau DiBuli oleh Anak-anak Kambing

Alkisahnya, ada seekor anak harimau dikelilingi oleh anak-anak kambing. Anak-anak kambing telah membuli anak harimau ni. Anak harimau begitu sedih dan bermuram durja. Menangislah anak harimau yang seekor ni.

Anak harimau perhatikan diri anak-anak kambing. Dia merasakan dirinya ada kekurangan. Diperhatinya, anak-anak kambing semuanya ada tanduk, sedangkan dirinya tiada tanduk. Anak harimau pun terfikir, mungkin kerana kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tanduk menyebabkan anak-anak kambing membulinya. Bertambah sedihlah anak harimau memikirkan tentang kekurangan ang ada pada dirinya.

Anak harimau pun terfikir, sekiranya aku pun ada tanduk, pasti aku boleh lawan anak-anak kambing yang ada tanduk itu. Anak harimau pun menadah tangan berdoa pada Allah, "Ya Allah, berilah aku tanduk seperti yang kau beri pada anak-anak kambing itu agar aku juga dapat melawan kembali anak-anak kambing yang durjana itu. Mereka telah menzalimi aku."

Sebenarnya, anak harimau ni telah tersilap. Anak harimau ni tidak menyedari bahawa Allah s.w.t telah memberi kekuatan pada suaranya (ngaumannya), tetapi anak harimau ni tak menyedari menyebabkan anak harimau memohon perkara yang silap.

Sekiranya anak harimau ni keluarkan suaranya (mengaum) pasti anak-anak kambing akan bertempiran lari, malah bapak-bapak kambing dan tuan-tuan kambing akan lari jugak!

Begitu jugaklah umat Islam hari ini. Apabila kita dibedil, ditindas dan dizalimi oleh orang-orang kafir, kita mula perhatikan apa kelebihan yang ada pada diri mereka. Kita tidak perhatikan apa kekuatan yang Allah s.w.t berikan pada kita.

Kita hari ini perhatikan orang kafir mempunyai senjata, ketenteraan, kewangan, ekonomi yang hebat. Kita pun menyangka kerana perkara-perkara inilah orang kafir dapat menzalimi kita. Kita pun berusaha mendapatkan perkara yang sama. Kita pun nak lawan mereka dengan senjata, ketenteraan, ekonomi dan asbab-asbab yang zahir.

Cuba kita fikirkan apakah kekuatan kita yang sebenarnya. Kekuatan yang Allah s.w.t telah berikan kepada sahabat-sahabat nabi hinggakan 2/3 dunia jatuh di bawah tapak kaki sahabat. Kekuatan yang menyebabkan 313 tentera Badar dapat mengalahkan 1000 orang musuh.

Kekutan itulah yang perlu kita usahan hari ini, disamping asbab-asbab zahir yang lain.

Friday, January 9, 2009

Bila Manusia Lupa Bahawa Dia Terlupa

  • Manusia akan cari sesuatu benda yang hilang bila dia teringat bahawa dia telah terlupa akan benda yang hilang tu. Tetapi, bila seseorang tu terlupa yang dia telah terlupa akan sesuatu benda yang hilang tu, dia tidak akan mencari benda yang hilang itu sebab dia lupa bahawa dia dah terlupa... hahahaha pening korang nak faham.....
  • Contohnya macam nilah, bila seseorang tu teringat yang dia telah terlupa di mana dia meletakkan kunci keretanya, maka dia akan usaha untuk mencari di mana kunci yang hilang itu. Tetapi sekiranya beliau lupa yang dia terlupa letak kunci keretanya, sampai kiamat pun dia tidak akan mencari kunci kereta tersebut.
  • Kesimpulannya, manusia ni akan mencari apabila dia teringat bahawa dia telah terlupa. Sebaliknya manusia tidak akan mencari apabila dia lupa bahawa dia sebenarnya telah terlupa.
  • Allah s.w.t telah utuskan nabi untuk tunjukkan jalan penyelesaian kepada semua masalah manusia.
  • Nabi s.a.w telah ajar sahabat agar menjadiakn AMAL sebagai asbab penyelesaian setiap masalah dunia mahupun akhirat.
  • Melalui amalan agama adanya nusrah (bantuan) Allah s.w.t. Apabila Allah s.w.t membantu kita, siapakah yang mampu menghalang akan bantuan Allah s.w.t itu.
  • Hari ni semua orang kecoh, mencari jalan atau kaedah bagaimana ingin membantu rakan-rakan kita di palestine. Hehehehe, ada yang nak boikot barangan A.S, ada yang nak buat demontrasi... macam-macam ada....
  • Hari ni kita lupa bahawa selama ini kita telah terlupa untuk mendapatkan nusrah (bantuan) Allah s.w.t kepada semua ummat seluruh alam. Kita lupa bahawa kita telah terlupa akan nusrah Allah s.w.t ni, sebab tu hari ni kita tak berusaha untuk memikirkan jalan bagaimana untuk mendapatkan nusrah (bantuan) Allah.
  • So, kalau kita dah teringat bahawa kita ni dah terlupa akan nusrah (bantuan) Allah s.w.t kepada umat ni, marilah sama-sama kita berfikir bagaimana nak dapatkan semula nusrah Allah s.w.t ini.
  • Perang Badar, tentera Islam hanya 313 boleh mengalahkan 1000 orang musuh. Mengapa? Kerana mereka telah mendapatkan nusrah (bantuan) Allah. Allah s.w.t bersama mereka.
  • Adakah sahabat gunakan kaedah boikot barang, demontrasi atau apa2 ajer kaedah yang kita gunakan hari ini untuk dapat nusrah Allah. Tentu tidak kan....
  • Ok ler.... nanti kita sambung lagi....

Wednesday, January 7, 2009

Kisah Beli Tiket First Class, Tapi Dok Kat Enjin Keretapi : Itulah Umat Islam Hari ni

  • Alkisahnya, adalah sorang mamat ni, dia telah membeli tiket keretapi First Class. Ada Air cond punya. Harga mahal punya. Pasti selesa, aman dan tenteram. Bila keretapi tiba, mamat ni pun mulalah naik keretapi, tapi dia tak mau duduk di gerabak First Class, sebaliknya dia pergi ke gerabak tempat enjin punya (tarak air-cond)
  • Bila keretapi bergerak, mamat di berdiri ler kat gerabak enjin keretapi yang panas tu. Setelah setengah jam perjalanan, mamat ni pun mulalah menjerit "PANAS, PANAS, PANAS". "TAK SELESA", "TAK TENTERAM", "TAK AMAN".."MASALAH, MASALAH, MASALAH...", Mamat ni pun bukak ler baju sebab panas sangat...
  • Pegawai keretapi pun datang tarik mamat ni, "tempat tuan bukan kat sini, tempat tuan kat gerabak 1st class sana, ada air-cond, kat sana selesa, kat sini memang ler panas". Tapi mamat ni degil orangnya, tetap nak duduk jugak kat situ, sambil menjerit panas, panas, panas...
  • Ketenangan, keamanan, keharmonian, kedamaian hanya akan diperolehi bila umat ini kembali kepada kehidupan agama yang sempurna. Mentaati perintah Allah s.w.t dan mengikuti sunnah nabi s.a.w, di situlah ketenangan akan dikecapi.
  • Kehidupan nabi itulah class pertama bagi kita sebenarnya. Di situlah kedamaian, keamanan, ketenangan, keharmonian akan kita kecapi...
  • Tetapi apabila kita yang telah memperolehi tiket keimanan, tetapi memilih kehidupan tidak mengikuti sunnah nabi s.a.w sebab tulah masalah demi masalh melanda umat ini...
Sama-sama kita berfikir.... Allah maha mengetahui...

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru

  1. Hehehhe...Di mana-mana sajer orang sibuk mengucapkan selamat tahun baru, dan apa azam tahun ni. Banyak jugak sms yang aku terima ucapkan Selamat Tahun Baru. Apa yang baru yek? Apa benda tahun baru ni yek? Kalau baju baru tu, tahu ler....
  2. Tahun tu apa yek. Kalau kereta baru tu, tahu ler aku, sebab nampak kereta tu baru dan boleh dibandingkan dengan kereta lama. Begitu jugak dengan baju baru, pen baru, perabot baru. Ada benda yang kita nampak barunya. Dan ada perbandingan dengan benda yang lama. Kalau tahun baru pulak... apa bezanya yek? Siang dan malam sama jugak. sehari tetap 24jam jugak. Matahari terbit dari timur jugak (lainler kalau dah nak kiamat). So, tahun baru tu apa yek? Kelender jer yang baru kot.. Apasal tak ucapkan selamat kelender baru. hehehe. Lagi satu, kalau beli benda baru, apasal tak ucapkan selamat benda baru yek....
  3. Dulu masa aku baru beli Avanza baru (hehehe saja nak bagitau ada avanza baru) tak der pulak orang nak ucapkan selamat beli Avanza baru. Tapi, time tahun bertukar jer, nak uacapkan selamat tahun baru. Siapa punya tahun yek?
  4. Hahahaha.... apa-apa pun.... selamat tahun baru... selamat tahun baru....
  5. Hehehehe, sebenarnya orang dok sibuk ucapkan selamat tahun baru ni, sebab suka ikut-ikut jer kot.... Hehehe, sebab dah asyik dengar dan lihat kat media massa orang dok ucap selamat tahun baru, kita pun ikut jugak ler ucap selamat tahun baru.... Ye lah, kat sekolah, kat pejabat, kat kedai kopi, kat media massa dok sibuk ucap benda, so kita pun membudayakan ler benda tu, kan.....
  6. Tiap kali tahun berubah, orang putih akan ucapkan HAPPY NEW YEAR, so kita pun meMELAYUkan ucapan tu, jadiler SELAMAT TAHUN BARU.... Hhehehe
  7. hehehe, kita kan suka ikut-ikut...... kita kan suka membudayakan budaya orang putih kan... heheh pastu, kita pakat suruh boikot barang-barang orang putih... hehehehe

Tuesday, December 30, 2008

Telah Lama Tidak Berbicara

Agak lama blog ni membisu, tidak berbicara. InsyaAllah, 2009 blog ini akan mulakan bicara semula. Aku cetuskan fikir untuk orang yang mahu berfikir... JIKA ANDA TIDAK SUKA BERFIKIR...

Wednesday, July 9, 2008

Malaysia Darul Sumpah

SS Mufti Perlis Dr. Asri telah memulakan polemik meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengakuan secara bersumpah untuk menyelesaikan kemelut masalah liwat yang dihadapinya. Tuan Guru Nik Aziz telah menyokong cadangan Dr Asri ini, kemudian Dr. Asri pula meminta Tuan Guru Nik Aziz menjadi orang tengah.
Akhbar tempatan, forumner serta blogger di internet mula cabar mencabar meminta Anwar mahupun Saiful membuat sumpah secara terbuka. Ada juga yang mencadangkan agar Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah juga membuat sumpah junjung Al-Quran menafikan keterlibatan mereka dalam kes Althantuya.

Hingga hari ini, isu sumpah junjung Al-Quran masih tidak berakhir. Terbaru, Datuk Seri Anwar mendakwa beliau telah merujuk beberapa ulama dan para ulama melarang beliau daripada bersumpah menjunjung Al-Quran. Mufti Perak SS Datuk Seri Harussani dan bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya antara ulama yang tidak bersetuju dengan amalan sumpah junjung Al-Quran ini. Bermula pomelik baru pula tentang kesahihan amalann sumpah junjung Al-Quran ini dan bagaimana kaedah sumpah yang menepati syarak mengikut sunnah nabi s.a.w.
Saiful Bahari pula didalam friendsternya (belum tentu sahih dari Saiful sendiri) telah mencabar Datuk Sri Anwar untuk sama- bersumpah junjung Al-Quran.

Saya bukan ingin membicarakan boleh atau tidaknya amalan sumpah junjung Al-Quran ini. Biarlah permasalahan ini dibicarakan oleh para ulama kita yang hebat dengan ilmunya. Cuma yang menariknya, sekiranya apa yang sering dicabar-mencabarkan ini menjadi kenyataan. Dengan beranggapan orang yang telah melanggar perintah Allah, tidak berasa gentar untuk membuat sumpah palsu. Dan menurut kata beberapa orang ustaz, dalam membuat sumpah palsu ini, tidak semestinya Allah s.w.t akan menurunkan azab secara serta-merta.

Katakan Datuk Seri Anwar bersetuju untuk bersumpah dengan menjunjung Al-Quran menafikan beliau meliwat Saiful. Pasti keesokan harinya atau ada hari yang sama juga, Saiful akan bersumpah dengan cara yang sama mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar meliwatnya. Siapa yang harus kita percaya? Tambah keliru rakyat Malaysia.

Kemudian, pastinya akan diadakan pula satu majlis secara besar-besaran, disiarkan secara langsung dari Msjid Negara, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rusmah pula akan mengangkat sumpah dengan menjunjung Al-Quran menafikan mereka terlibat dalam kes pembunuhan Althantuya. Apakah kes Akuan sumpah dari Balasubramaniam yang mengaitkan mereka berdua tidak akan dibicarakan?

Kalau inilah yang berlaku, pasti selepas itu banduan-banduan yang sedang menjalani hukuman di seluruh penjara Malaysia akan membuat sumpah dengan menjunjung Al-Quran juga. Polis manangkap penjenayah dan penjenayah akan mengangkat sumpah...Setiap penjenayah di Malaysia akan membuat sumpah.... maka Malaysia pun akan bertukar nama menjadi MALAYSIA DARUL SUMPAH !!!!!!

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails