Saturday, September 21, 2013

Mesyuarat Malaysia Nizamudin 1

Bahagian 1 (sebelum dan sesampai Nizamudin)

 (tuan-tuan yang tidak pernah ikut keluar 3hari, 40hari atau 4bulan mungkin kurang faham dengan beberapa istilah dan maksud cerita di posting ni. So, nak tahu kena ikut ler jemaah tabligh keluar 3 hari dulu. amacam ada berani??)
(rakan2 seusaha yang dah biasa keluar pula....posting ini sekadar catatan2 aku saja, nak dapatkan karkuzari penuh dan keputusan mesyuarat nizamudin, tuan2 kena datang sendiri ke mesyuarat halqah dan mesyuarat markas masing2.... karkuzari dari markas dan halqah lebih khir berbanding karkuzari dari alam maya ni....) 

Debaran Sebelum ke India...
Sebaik sahaja dapat tahu nama aku terpilih untuk hadir Mesyuarat Malaysia di Nizamudin India bagi tahun 2013... macam2 perasaan datang. Pertama sekali memang syukur sebab Allah swt pilih, then perasaan teruja yang amat sangat nak mengadap para masyaikh di Banglawali Masjid (last datang Nizamudin tahun 2008 masa kluar masturat 40hari).
(Banglawali Masjid)


Masa Mesyuarat tahun 2011 dulu pun, MasyaAllah...hanya Allah swt sahaja tahu macam mana frustnya aku bila dah lulus tafakud untuk hadir, dah beli tiket dah, tiba2 tak dapat ke India kerana gagal mendapat visa India ....perghhh kecewa tahap gaban beb....Kerisauan ni ler yang membelanggu aku...  kisah sedih tu korang boleh baca kat sini... "kita hanya merancang"

 Apapun semuanya dengan pilihan Allah swt..... sekiranya telah tertulis 'garam chai' kat Nizamudin tu milik aku, takder siapa boleh menghalang untuk aku sampai ke sana... Dengan tawajuh dan dengan penuh pengharapan pada Allah swt.... aku terus berharap dan berharap dan berharap...
Sebagai langkah permulaan untuk ke sana... Visa India perlu aku perolehi dahulu, setelah lulus tafakud dengan Syura Ipoh dan Syura Malaysia....penghujung bulan May 2013, apa lagi...aku pun apply Visa India dengan tawajuh dan doa pada Allah swt....dan...jeng jeng jeng....

Alhamdulillah,.... akhirnya berjaya dapat Visa Ke India, dorang bagi 6 bulan multiple lagi..... Step pertama selesai.... kena tawajuh untuk step kedua pulak....nak beli tiket ke India....check Air Asia, xder penerbangan ke Delhi, Air Lanka, Air India, Biman, Thai Airways.... last sekali didapati Malaysia Airline yang ok, sebab penerbangannya terus ke Delhi, xder transit di tempat2 lain...dan alhamdulillah.... akhirnya....

Tiket pun berjaya di perolehi...... Alhamdulillah syukur, step seterusnya, kena mohon kelulusan ke Luar Negara dan permohonan cuti rehat pula. Apa lagi, mengadap pengetua aku ler, sebelum tu kena solat hajat dulu...yang beri cuti adalah Allah swt...yakin kena betul beb!....dan alhamdulillah dengan izin Allah swt jua, permohonan ke luar negara lulus dan cuti aku juga lulus.... Allah swt permudahkan jalan.... tangga nizamudin semakin nampak dah ni...... Ya Allah, permudahkanlah segalanya.....

JUMAAT 6 SEPTEMBER 2013 -
Flight aku ke Delhi jam 6.25 ptg.....aku bersama beberapa rakan seusaha dari Ipoh tiba di KLIA dalam jam 4.30 ptg.... MasyaAllah, KLIA dipenuhi manusia2 lelaki yang 'rambut mereka panjang di dagu' (orang lelaki berjanggut ler tu)...... ada yang berjubah, ada yang berkurta ada yang berbaju melayu dan ada juga yang berbaju batik dan ber'tshirt'......dan aku macam biasa....dengan kurta saja bhai...

 ...Urusan check-in selesai, lebih kurang jam 6.25 ptg.... terbanglah aku ke bumi India....perjalanan lebih kurang 5 jam. Sampai sahaja di Indra Gandhi, Airport, Delhi India.....MasyaAllah, Airport sudah ada perubahan, beb....agak bersih jugak berbanding 5 tahun yang lalu.... dan seperti biasa, mula mencari teksi untuk ke Banglawali Masjid...perjalanan dari airport lebih kurang 45minit.
(pemandangan di luar Indra Ghandi Airport, Delhi India.... urusan mencari teksi ke Nizamudin)

Sebaik sampai di Banglawali Masjid, Nizamudin.... baru habis Program bacaan Hayatus Sahabah yang dibacakan oleh Maulana Saad.... kerana keletihan, perjalanan yang memenatkan.....sebaik selesai solat.... aku terus bentang bedding dan terus zzzzzzzz.....

Okey, tunggu untuk posting seterusnya.....moga Allah swt beri kekuatan dan kelapangan untuk aku catat catatan-catatan yang sempat dibuat dari kata-kata eldest dan nasihat2 masyaikh di sana.....tunggu.... :)

Wednesday, October 26, 2011

Kepentingan Usaha Masturat (Bah. 2)

Entri ni adalah sambungan dari entri sebelum ni yang tertangguh.... kepada yang terlepas membaca entri sebelum ni, boleh klik di SINI.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Usaha Masturat = usaha atas golongan wanita)

Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat yang sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaanya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.

Kerana itulah, 'wanita hari ini' harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini.  Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.
Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi saw. Di bahu umat Nabi saw terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (baik lelaki juga wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat nabi saw.

Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya tilawatul Quran di dalam rumah, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga  perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat. 

Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita.

PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu
-wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.
-Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
-Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
-Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'. 

Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang.

PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
-sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
-Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
-Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
-usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
  • surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
  • Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
  • Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
  • Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)
PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
-hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
-Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam rumah.
-Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan melembutkan hati kita dan hati anak-anak.
Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan para malaikat akan berada di dalam rumah.
rumah juga akan menjadi sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.

PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah
-wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
-dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
-Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
-Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
-ajar anak-anak membaca Al-Quran.

PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
-hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. 
-Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
-jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
-jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.

PESANAN KEENAM : Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
-galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amak dapat diwujudkan di dalam rumah.
-Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
-kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga....

Amin...


Saturday, October 22, 2011

Kepentingan Usaha Masturat (Bah. 1)

Usaha Masturat = usaha atas golongan wanita

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wanita (isteri) bagaikan pintu bagi sebuah rumah. Melalui pintu sesuatu boleh masuk ke dalam rumah, melalui pintu jualah sesuatu boleh terhalang masuk ke dalam rumah. Apabila seseorang wanita itu membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan mudah masuk ke dalam rumahnya. Sebaliknya jika seseorang wanita (isteri) itu tidak bawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan terhalang masuk ke dalam rumahnya.


Kerana itulah usaha atas golongan wanita (usaha masturat) adalah satu usaha yang amat penting. Sikap dan cara berfikir seorang wanita (ibu) memberi kesan yang mendalam terhadap anak-anak mereka. Apabila seorang ibu sentiasa fikir dan risau atas agama, kesannya mereka akan didik anak-anak dengan didikan beragama. Anak-anak juga akan membesar dengan fikir yang sama, yakni fikir bagaimana agama akan berkembang. Kebesaran Allah swt akan sentiasa berada dalam diri anak-anak. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak (atau kurang)  fikir tentang agama, sebaliknya hanya banyak fikir dan risau atas keperluan-keperluan dunia, kesannya anak-anak juga akan fikir yang sama. Anak-anak akan mudah dipengaruhi dengan kebesaran dan kehebatan dunia.



...............................
(22/10/2011 8.30 am)
....entri ni kena stop di sini dahulu. Sebentar lagi nak pergi bayan hidayat keluar Masturat 3 hari di Lekir Setiawan. InsyaAllah, balik dari kluar 3 hari akan sambung semula.... doa hidayat seluruh alam. aminnnn...

Friday, September 16, 2011

Kita Hanya Merancang ...

(entri ni rentetan kisah sedih aku tak dapat visa ke India)

(kepada tuan-tuan yang tidak pernah ikut jemaah keluar 3hari 40hari atau 4bulan, mungkin tuan-tuan 'kurang faham' atau 'tidak faham' beberapa istilah dan jalan cerita dalam entri ni. Jadi, kalau nak faham tuan-tuan kena keluar ler 3hari...insyaallah..:))


(Banglawali Masjid, Hazrat Nizamuddin, New Delhi, India)

JANUARI 2011
-Tarikh Mesyuarat Malaysia telah diputuskan akan diadakan pada 16, 17 ,18, 19 SEPTEMBER 2011.

-Bila berita ni dikhabarkan pada aku, aku pun mula pasang niat untuk hadir Mesyuarat Malaysia di Nizamudin tahun ni.
-Kali terakhir datang Nizamudin tahun 2008 semasa keluar 40hari masturat. Kira dah 3 tahun tak ke sana.
-Tahun 2005 dulu pun, alhamdulillah Allah swt beri kesempatan untuk aku duduk dalam Mesyuarat Malaysia di sana, dan aku berharap semoga Mesyuarat 2011 ni Allah swt akan pilih aku lagi.
-Niat perlu ada yop dan perancangan perlu dibuat sekarang.

FEBRUARI 2011
-mendapat tahu, kuota untuk hadir mesyuarat bagi seluruh Malaysia seramai 600 orang. Kuota untuk markas Ipoh pula seramai 25 orang.
-aku terus menyimpan hasrat semoga aku antara dalam senarai 25 orang dari markas Ipoh tu.
-Pertengahan Fabruari 2011, aku mendapat tahu dah ada beberapa karkun yang mula booking tiket Air Asia utk hadir mesyuarat ni. Perghhhh.... mantop! Urusan tafakut belum dibuat, tapi dah beli tiket.... ni kira josh tahap gaban ni.
-Bila dapat tahu ada yang dah mula beli tiket, jasbah aku untuk beli tiket juga makin meningkat. Aku pun mula risik-risik kat Syura Ipoh, tanya dah boleh tafakut untuk mesyuarat nizamudin ke? Josh beb!
-Syura bagitahu, urusan tafakut mesyuarat Malaysia belum boleh dibuat lagi, tapi berdasarkan syarat-syarat yang diberi aku layak untuk pergi dan insyaallah aku tersenarai dalam kuota 25 orang dari Ipoh tu.
-Apa lagi, kerana jasbah yang tinggi... walau belum tafakut dan visa belum ada... aku pun mula godek2 web Air Asia...tengok tiket... dan akhirnya pada 28/1/2011..aku pun booking tiket Air Asia untuk hadir Mesyuarat Malaysia 2011...tiket harga RM844.00 (pergi pada 15/9/11 dan balik pada 20/9/11).




MAC & APRIL 2011
-aku dah makin tak sabar nak tafakut, tapi urusan tafakut masih belum boleh dibuat.

MEI 2011
-Lebih kurang pertengahan Mei rasanya, urusan tafakut dah boleh dibuat. Kuota Markas Ipoh tetap 25 orang. Aku antara orang yang terawal mengadap syura untuk ditafakutkan.... malumlah tiket dah beli beb!
-Lebih 30 yang tafakut dan memenuhi syarat untuk hadir mesyuarat sedang kuota hanya untuk 25 orang sahaja. Maknanya akan ada beberapa nama akan tercicir....
-Syura akan buat tapisan untuk pilih 25 orang tu.
-Allah swt nak suruh aku makin tawajuh ni.
-Doa beb, moga Allah swt pilih. Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

JUN 2011
-Dalam pertengahan Jun rasanya, Syura Ipoh telah bermesyurat dan nama-nama yang boleh hadir Mesyurat Nizamudin dari markas Ipoh dah ada.
-Alhamdulillah, nama aku tersenarai dalam kuota 25 orang tu.... Alhamdulillah Syukurr... lepas satu halangan.
-Tiba-tiba, diberitahu Keputusan Mesyurat di Sri Petaling pula memutuskan urusan tiket hanya boleh dibuat selepas dapat visa.
-Dengan kata lain, Syura Malaysia suruh buat visa dulu baru beli tiket...alamak...aku dah beli tiket dulu sebelum buat visa.... masalah ni...tak dengar cakap Syura...
-Adussss....camner ni yop? Bahaya kalau tak taat keputusan mesyuarat ni! Tapi, bila pikir-pikir balik, aku dah beli tiket sebelum Syura Malaysia buat keputusan, so tak boleh ler kata aku tak taat keputusan mesyuarat kan. Sebab tiket dibeli sebelum keputusan tu dibuat.... (sajer nak sedapkan hati..)

-Aku terpikir pasal hutang PTPTN pula. Sebab aku ada hutang kat PTPTN ler.
-Chek kat web PTPTN....adusssss.... nama aku tersenarai dalam senarai hitam ke luar negara. Ni semua gara-gara malas bayar hutang ler ni.... adussss, masalah lagi ni.
-Tanpa buang masa, aku ke KL pejabat PTPTN, jumpa pegawai tanya jumlah hutang aku dan cara untuk keluarkan nama aku dari disenarai hitam.
-Chek punya chek.... Tunggakan hutang aku ada 8 ribu lebih (tu baru tunggakan bukan jumlah hutang)...mak aiiiii.... mana nak cari duit beb!
-Aku pun tanya, boleh bagi diskaun ker untuk lepaskan nama aku.
-pegawai tu suruh aku buat rayuan, dan bayar 1/2 dari tunggakan tu dulu lebih kurang 4 ribu untuk membolehkan nama aku dikeluarkan dari senarai hitam.
-4 ribu???? mana nak cari yop!
-Kena makin tawajuh ni.... Khazanah Allah swt begitu luas....yakin ler...
-Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

JULAI 2011
-Hutang PTPTN terus membelenggui aku. Risau gak, kerana PTPTN ni boleh menghalang aku ke India dan juga keluar negara. Masalah ni yop!
-Aku mula terpikir nak jual kat mudah.com ajer motor ex5 aku, kurang-kurang dapat ler cover sikit untuk bayar 4ribu tu.
-Terukan tawajuh...
Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

OGOS 2011
-Bulan Ramadhan datang dan saat untuk ke Nizamudin makin hampir... tinggal sebulan lagi. PTPTN aku masih belum settle lagi ni.... khazanah 4ribu masih belum turun dari langit lagi (perghh macam ler aku ni hebat benor nak dapat khazanah turun dari langit).
-Aku tunggu-tunggu juga, mana ler tahu ada tikus datang bawak uncang emas ker atau tiba-tiba jatuh dari langit duit 4ribu ker (macam amalan wali-wali Allah dulu-dulu),----hahaha amalan pun hampeh, hati pun penuh cinta pada dunia..... nak harap nusrah Allah macam wali-wali.....sedor ler diri tu yop...bisik hati aku...hehehe

-Aku mengadap pengetua sekolah aku, mintak cuti pada 19 - 21 September. Dan aku isi borang kebenaran keluar negara. Pengetua aku tanya, nak ke mana? Aku bagitau nak ke India....nak melancong selama seminggu.... tapi dia tanya aku..."urusan jemaah tabligh yek" aku sengih ajer...
-Alhamdulillah, dengan izin Allah swt cuti aku lulus dan kebenaran ke luar negara juga lulus.
-Selesai satu lagi halangan...
Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

-Aku terpikir pasal passport pula, rasa macam dah nak mati dah.... chek punya chek...passport mati bulan Feb 2012, kurang 6 bulan dari tarikh ke India.....so maknanya aku kena buat passport baru. Nak kena keluar duit lagi ni...huhuhuhu...duit makin nipis ni....
-Tanpa buang masa, aku terus ke pejabat imigresan, ambik gambar isi form nak buat renew passport. Sampai kat kaunter (awek yang jaga kaunter) dgn konfidennya aku bagi borang yg lengkap diisi, bagi gambar dua keping, bagi passport lama...awek tu chek taip kat komputer dia...pastu suruh aku letak ibu jari kat tempat scan tu.... bila letak ibu jari aku jer...wajah awek tu berubah lalu beliau berkata..."maaf encik, nama encik kena block sebab tak bayar hutang PTPTN, jadi encik tak boleh buat passport..." Adussss... malu aku beb. PTPTN lagiiii.....


Aku tulis surat rayuan. Mengadap pengetua aku sekali lagi, nak buat surat sokongan dari dia supaya pihak PTPTN bersihkan nama aku... alhamdulillah, pengetua aku ok, dia tandatangan surat sokongan dan aku terus fax ke ptptn.... dan tunggu jawapan dari ptptn...
-Aku tak sabar...telefon dan email  PTPTN, dia kata masih dalam pertimbangan...
-minggu beikutnya..aku telefon lagi...jawapan masih sama.... dalam pertimbangan lagi.... berapa banyak nak timbang daaa..... tension gua beb!

Lagi sebulan nak ke Nizamudin.... urusan visa dah mula dibuat. Karkun yang akan ke Nizamudin dah sibuk buat Visa, ada yg guna agen, ada yg buat sendiri... Syura Ipoh dah mula tanya aku, bila nak buat visa...aku hanya jawab insyaallah dalam masa terdekat (dalam diri masih dibelenggui dengan hutang PTPTN).

Penghujung Ogos, seminggu sebelum cuti raya, aku fax lagi sekali rayuan ptptn...aku email, aku tepon, aku chek kat web ptptn...jawapan masih sama.... rayuan masih dalam pertimbangan.... PTPTN ni guna timbang apa yek, lambat benor nak menimbangnya....geram pun ada...

30 OGOS 2011 - Umat Islam Raya.... aku pun beraya...dalam dalam hati masih berdebar menanti keputusan rayuan ptptn.

SEPTEMBER 2011
2/9/2011 (jumaat) - Masih dalam mood raya, tapi pejabat kerajaan telah mula dibuka. aku tak sabar, walau dalam mood raya, aku telepon PTPTN tanya pasal rayuan aku. Pegawai tu jawab, semua pegawai yang bertugas untuk bahagian rayuan tu bercuti...dia suruh tepon hari isnin....

5/9/2011 (isnin) - sekolah mula di buka setelah cuti raya. aku tak sabar, terus call PTPTN tanya tentang rayuan aku...pegawai tu bagitau tetap masih dalam pertimbangan, belum ada jawapan. Aku bagitau aku nak cepat sebab nak buat passport dan visa, nak keluar negara pada 15hb ni... pegawai tu syorkan pada aku, kalau nak cepat datang sendiri ke pejabat ptptn, bawa duit berapa yg ada..buat rayuan terus.... kalau diterima, on the spot nama aku akan terkeluar dari senarai hitam keluar negara......
- aku pun bincang ngan wife aku, aku akan ke ptptn untuk bayar tunggakan hutang dan minta dibersihkan nama aku dari senarai hitam.... tapi duit tader ler pulak.... korek tabung, korek tabung haji, korek mana-mana akaun bank yang ada.....korek mana yang patut ---kira-kira masih tak cukup juga untuk bayar separuh tunggakan tu...... tapi kena yakin... Allah ada...
-mula targhib untuk diri sendiri...wahai hairere, kalau dah ditertulis chai dan roti kamu ada di Nizamudin pada 16/9/2011, kamu tetap akan sampai ke sana juga, jangan bimbang.....tak ada kuasa yang boleh menghalang kuasa Allah swt. Kena yakin beb...
"Allah swt maha kuasa, makhluk tiada kuasa. Passport xder kuasa, visa xder kuasa, tiket takder kuasa, duit xder kuasa, GrandLotus India xder kuasa, imigresan india xder kuasa,..Hanya Allah swt pemilik Kerajaan Langit dan Bumi MAHA BERKUASA. Sekiranya Allah swt telah pilih kita untuk hadir ke Mesyt Msia d Nizamudin India, tiada kuasa yang mampu menghalang!" Targhib untuk diri sendiri...

6/9/2011 (selasa)
-sepatutnya aku ke ptptn hari ni, tapi kerana duit masih tak cukup lagi....terpaksa batalkan niat dan teruskan tawajuh dan mohon khazanah dari Allah swt.

-baca status fb Azhar Jaafar.... beliau dah dapat visa ke India, proses dia buat sendiri. Perghhh jeles beb.
Jasbah aku makin bertambah, dah tak sabar-sabar nak buat visa ni....ya Allah...passport tak bleh buat, ptptpn halang, so camner nak buat visa ni...adussss.... jiwa makin kacau.... kena tambahkan solat sunat hajat ni...
-chatting ngan Azhar Jaafar, tanya prosedur buat Visa dan dokumen2 yang diperlukan. Tanya beberapa karkun lain dan baca web grandlotus.... aku dah mula faham prosedur utk buat visa ni. Aku print form buat visa...dah makin risau ni, masa semakin suntuk...passport masih tak boleh buat... nama masih disenaraihitamkan oleh ptptn...

7/9/2011 (rabu)
-aku perlu ke kl, ke pejabat ptptn settle kan juga pasal ptptn...walau duit tak cukup.....
-teruskan tawajuh kena yakin Allah swt ada.....
-Habis sekolah (keluar awal kul 12tgh) naik bas terus ke kl...terjah pejabat ptptn. Alhamdulillah, ada orang hantar sikit duit untuk cukupkan sedikit bayaran ptptn.
-Jumpa pegawai ptptn...merayu...dan alhamdulillah...dengan izin Allah swt..petang itu juga, nama aku dikeluarkan dari senarai hitam ke luar negara....
-Terus sujud syukur.... satu halangan dapat dilepasi lagi....
-Aku makin yakin... tahun ini aku akan ke nizamudin insyaallah...

8/9/2011 (khamis)
-dah tak sabar nak buat passport.
-Lepas habis sekolah, aku terus ke pejabat imigresan...tak sabar dah. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan segala urusan... passport aku siap hari itu juga...nak menangis beb bila dapat passport, ye lah setelah menempuh macam2 ujian, akhirnya aku dapat jugak passport dan ini bermakna aku dah boleh ke luar negara...terbayang dah banglawali masjid.
-Jasbah makin kuat.... aku makin yakin.... tahun ni dapat jejak Banglawali Masjid.
-aku cadang nak ke Granlotus untuk uruskan visa esok pagi (nak ambik mc cadangnya).
-Dari sumber yang sahih, diberitakan baru 2 orang sahaja karkun Ipoh yang berjaya memperolehi visa, yang lain masih belum berjaya lagi.
-Cikgu Shukri, syura ipoh call tanya pasal visa. Kemudian dia bagitau, isnin depan ramai yg akan ke kl utk urusan visa.
-Kedutaan India telah menambahkan lagi syaratnya untuk memperolehi visa (khas utk orang yang berjanggut).... memerlukan surat pengesahan majikan....
-Adussss.... nak kena mengadap pengetua lagi aku ni.

9/9/2011 (jumaat)
-aku mengadap pengetua sekolah aku sekali lagi atas urusan nak ke India ni.
-Aku bagitau embassy india minta surat pengesahan pekerjaan untuk memperolehi visa. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan segala urusan... pengesahan dari majikan aku perolehi.

11/9/2011(ahad)
-selepas isyak lebih kurang jam 10.30 malam aku dan ustaz Hafis (karkun sama halqah) meredah malam menuju ke Masjid Sri Petaling.
-Esok pagi, insyaAllah kami akan terjah ke GrandLotus untuk urusan visa india.

12/9/2011 (ISNIN)
-Di Masjid Sri Petaling.
-Dengan keazaman yang membara, aku bersama bersama Utz Hafiz dan Rahman (karkun ipoh) menaiki lrt menuju ke Grandlotus untuk urusan permohonan Visa India.
-Di sana, dah penuh dengan karkun-karkun dari seluruh Malaysia.... Pihak GrandLotus pun mungkin pelik, apsal mamat-mamat berjanggut ni ramai2 nak mintak visa ke india...
-Semua dokumen dan borang aku hantar... Bayaran RM168 aku bayar.... esok baru tahu keputusan dapat or tak dapat visa ke India... Aku beri resit kepada Rahman suruh dia yang collect visa esok.
---dan debaran makin membara.

13/9/2011 (SELASA)
-Aku makin berdebar... menanti jam 5 petang untuk mengetahui keputusan samada visa aku dapat atau tak dapat.
Aku masih menaruh keyakinan... aku akan mendapa visa insyaallah...
-Jam 5.30ptg... aku call Rahman nak tanya khabar gembira dari Grandlotus. Adik Rahman yang jawab dan dia beritahu... rahman tertinggal handphone...so tak dapat hubungi dia...
-Adusssss...... makin berdebar ni.....macam mana nak contact mamat ni, nak tahu keputusan dapat or tak dapat visa India?
-Allah swt beri ilham, aku call Shamani (karkun yang bertangjwab urusan visa - kira agen ler)..tanya dia tentang visa...
-Beliau bagitau...ada 300 lebih yang hantar borang...dan semua permohonan masih di'hold'kan lagi oleh pihak kedutaan India... mungkin pihak embassy terkejut kot, sebab banyak sangat yg mohon...
-debaran semakin mendebarkan....

14/9/2011 (Rabu)
-semakin mendebarkan....tiket aku esok jam 7.00 petang...adakah aku berjaya menjejaki bumi India esok..
-petang jam 5.30ptg, aku call Shamani tanya tentang Visa....jawapan yang aku terima "hari isnin dan selasa ada 700 lebih yang hantar borang permohonan visa India.... dan kesemuanya diREJECT oleh pihak KEDUTAAN INDIA"...... nak menangis aku dengar beb!
-dapat tahu passport aku ada pada Rahman dan dia on the way balik ipoh dan akan terus ke markas ipoh.
-Aku ke markas ipoh, masih mengharap keajaiban...mana tahu entah-entah passport aku sorang yang lepas.... walau rasanya dah confirm tak dapat...
-Jumpa Rahman...tengok passport aku... memang confirm TIADA VISA INDIA...huhuhuhu.... KECEWA TAHAP GABAN beb!.....
-terbayang Banglawali Masjid, Terbayang wajah maulana Saad, maulana Zubir, maulana Ahmad Lat.....
-terbayang tandhori kat depan markas tu...
terbayang chai di sana...
terbayang anak2 peminta sedekah di pintu masuk menarik2 tangan orang ramai sambil berkata....."baba..baba.... lailahaillah..muslim baba..."
...semuanya terbayang...

15/9/2011
-Flight aku ke India dari LCCT jam 7.00petang...tetapi aku masih di ipoh lagi...aku beritahu wife aku...insyaallah...esok kita ke 'Little India' di Ipoh ajer...tak perlu visa, tak perlu passport, tak perlu tiket kapal terbang......




Moral of the story ......



Sunday, June 12, 2011

Sekeping Kertas Ada Harga diri

Ini gambar kertas kosong. Kertas kosong macam ni, kalau kita jumpa tepi jalan kita akan biarkan sahaja. Orang nak pijak, kereta nak langgar, burung nak berak atas kertas kosong macam ni pun kita akan biarkan sahaja.
Kerana apa? Kerana kertas ni kosong dan tidak mempunyai NILAI.


Ini pula gambar duit. Duit ini, asalnya sekeping kertas kosong juga. Tetapi dia mempunyai NILAI, kalau kita jumpa di tepi jalan, kita akan kutip, kalau hilang kita akan sedih.
Kerana apa? Kerana duit ini mempunyai NILAI.

Kalau kita fikir semula.... Asalnya kertas kosong, MANUSIA yang cipta kertas kosong, kemudian MANUSIA juga yang cetak muka Agung dan tulis NILAI-NILAI tertentu, kemudian manusia juga yang letakkan NILAI pada kertas yang telah bercetak tersebut, kemudian MANUSIA rosakkan keyakinan sendiri, meyakini bahawa kertas inilah yang berkuasa, kertas inilah yang menyelesaikan semua masalah, MANUSIA pun bertungkus lumus korbankan diri, masa dan tenaga untuk mendapat berkeping-keping kertas ini, kemudian MANUSIA juga bergaduh kerana merebut kertas-kertas tersebut, keluarga boleh bergaduh, kawan boleh bermusuh, suami-isteri boleh bercerai, keluarga boleh porak peranda, masyarakat boleh menjadi huru hara, negara boleh jadi tidak aman, Rakyat protes, turun ke jalan raya, ada yang mogok bakar diri, pemimpin pening kepala, berapa ramai manusia tak boleh tidur fikir berkeping-keping kertas ni, berapa ramai manusia botak kepala, berapa ramai menjadi gila..... dan dunia boleh berperang kerana KERTAS-KERTAS YANG MANUSIA LETAKKAN NILAI DAN YAKIN PADA KERTAS-KERTAS TERSEBUT....

Jom ler kita layan lirik lagi ni....

Sekeping Kertas Bermaruah (Wings)

Apakah ertinya kemajuan
Andainya apa yang di hajati
Semuanya pasti memerlukan
Sekeping kertas ada harga diri

Kerana sekeping kertas
Hatimu menjadi keras
Setiap budimu perlu di balas
Semua gerakanmu tidak ikhlas

Kalau kita renungkan
Antara kita dan dia
Siapa yang lebih berkuasa
Hancur kemanusiaan demi kewangan

Lagu : Syam & Awie

Lirik : Bob

Tuesday, May 17, 2011

Akulah Guru, Akulah Rockers, dan sebenar aku adalah....

Tahun 1981, umur aku 7 tahun. Aku mulakan alam persekolah darjah 1. Bersemangat benar aku nak ke sekolah, kerana pada aku, bila masuk sekolah ni, bererti aku dah besar. Emak pun nasihat aku, pergi sekolah nanti, kena dengar cakap cikgu. Kena hormat pada cikgu. Jangan melawan cakap cikgu.

Tiba sahaja di sekolah, cikgu tanya aku, “Hairere bila besar nanti nak jadi apa?” . Aku sendiri tak tahu aku nak jadi apa bila dah besar nanti. Mana aku tahu, aku nak jadi apa. Namun, disebabkan yang bertanya tu seorang guru, dan aku perhatikan cikgu ni semua orang hormat. Sebelum pergi sekolah pun, mak aku dah pesan, “dekat sekolah kena dengar cakap cikgu.” Kerana nak menjawab soalan dari seorang guru, aku pun berkata “saya nak jadi CIKGU.” Dan perkara ini berterusan dari setahun ke setahun, setiap kali bertukar tahun, dari darjah 1, ke darjah 2, 3 dan seterusnya, bila cikgu tanya “apa cita-cita kamu?” aku menjawab… “nak jadi cikgu” Walau aku sendiri tak tahu, betul ke itu cita-cita aku yang sebenar.

(ini gambar semasa darjah 4. Cari sendiri ler, mana aku)

Sekitar tahun 1984-1986, aku masih berada di sekolah rendah (darjah 4 – darjah 6). Masa ni, bila cikgu tanya apa cita-cita kamu, aku masih jawab “nak jadi cikgu”. Walau aku dah tak minat sebenarnya nak jadi cikgu, sebabnya kalau aku jadi cikgu, aku tak boleh jadi ‘rockers’. Masa ini, aku dah mula dipengaruhi dengan dunia ‘Rockers”.

Sebelum tu, nak beritahu juga, sebelah rumah aku adalah tempat budak-budak muda kampung aku melepak. Mereka melepak dengan memakai seluar jean koyak, bermain gitar kapuk, melalak dengan gitar kapuk sampai ke malam. Aku selalu perhati brader-brader tu melepak, sambil main lagu-lagu Sweet Charity, Kembara, Blues Gang dan kekadang lagu Loudness dan Earthsheaker dan sebagainya. Aku pun minat nak main gitar dan aku mula didedahkan dengan dunia ‘rockers’. Dunia rockers semakin mempengaruhi aku. Semakin hari, aku semakin didedahkan dengan dunia rockes. Sekitar 1984—1986, memang golongan muda-mudi Malaysia dikejutkan dengan dunia rockers. Tertubuhkan band seperti ‘Search”, ‘Lefthanded’, ‘Rusty Blade’ dikuatkan pula dengan gabungan band-band “Battle of The Band” dan “Juara-Juara Rock”. Aku mula minat nak jadi ‘mat rock’. Kini, baru aku sedar, cita-cita aku sebenar ialah nak jadi rockers. Nak jadi macam Amy Search, Man Kidal, Yantzen.

Menambahkan minat aku nak jadi ‘mat rock’ bila orang kampung aku sendiri iaitu Kampung Manjoi ada band rock yang menghasilkan album. Munculnya band ”SYJ” dan “MAY” makin menguatkan aku nak jadi mat rock. Perghhh, sikit punya bangga ker beb, SYJ dan MAY tu orang Manjoi. Zaman ini, rockers lah yang mempengaruhi aku.

Aku dah tak minat nak jadi cikgu. Kalau jadi cikgu, aku tak boleh minat muzik rock. Kalau jadi cikgu, aku kena jadi ‘mat belia’, tak rock ler bab! Kena sikat rambut belah tepi, kena pakai seluar slack. Tak boleh simpan rambut panjang. Tak rock ler macam ni! Sedangkan, cita-cita aku kini ialah, nak simpan rambut panjang, nak pakai seluar jeans koyak, nak main gitar macam Man Kidal. Namun begitu, bila cikgu aku tanya, “Hairere, cita-cita kamu nak jadi apa?” aku tetap jawab nak jadi cikgu. Takkan aku nak jawab “cita-cita saya nak jadi rockers”, sah aku kena rotan kalau jawab macam tu.

Tahun 1987, Aku mula memasuki alam sekolah menengah. Tingkatan Satu. Aku rasa dah makin besar, dan dah tak sabar-sabar nak meninggalkan alam sekolah. Sebab, bila habis sekolah, baru aku boleh betul-betul jadi Mat Rock! Aku tak minat sekolah dah, tapi sebab mak ayah suruh juga pergi sekolah, pergi jugak ler. Semakin hari aku semakin Rock. Kini, aku beralih kepada rock yang lebih keras. Aku mula minat “Metallica”, “Megadeath” dan sebagainya. Aku pun dah pandai main lagu “Seek and destroy (Metallica)”.

Sekitar 1989, aku Tingkatan 3. Kini dunia Thrash mula melanda anak muda. Thrash lebih keras dari rock. Irama metal dan thrash mempengaruhi aku. Kali ni aku dah tak layan Rock Malaysia. Kini aku layan band rock barat seperti Kreator, Sodom, Slayer. Aku makin tak minat nak jadi cikgu. Mana boleh aku jadi cikgu. Kalau jadi cikgu, aku tak boleh berambut panjang dan berseluar jeans koyak. Namun, di sekolah menengah, bila cikgu tanya, “Hairere dah besar nanti nak jadi apa”. Aku jawab, “jadi cikgu”. Kawan-kawan semua ketawa, “Mat Trash nak jadi cikgu… gila ker?”. Aku sengeh jer. Cikgu aku pun geleng kepala, aku tahu cikgu tu pun tak percaya yang aku akan jadi cikgu, cikgu tu mesti ingat aku ni akan jadi mat thrash…sampah masyarakat yang tak ada masa depan.

1990 – Aku tingkatan 4. Alhamdulillah, ‘mat rock’ ni lulus juga SRP, dapat masuk form 4. Semasa tingkatan 4, aku makin metal. Kali ni, aku dah mula pandai ‘melepak’ di SYJ studio. Aku dah mula tengok band-band Thras dari Ipoh, jamming di sini. Aku semakin bersemangat untuk jadi seperti mereka. Cita-cita aku nak memiliki gitar letrik jenama krammer. Masa ni, aku cukup minat dengan Metallica. Blackend beb! Kirk Hammet, Lars Ulrich, Jason Newsted, James Hetfield mempengaruhi aku. Majalah Kerrang menjadi langganan aku. Walau majalah ni dalam Bahasa Inggeris, dan aku tak pandai BI pun, tapi aku minat tengok poster band-band Metal dari luar negara.

Masa ni, aku pun dah ada band sendiri. Jangan tak caya pulak. Aku main bass beb! Cita-cita aku kini nak jadi pemain bass terbaik. Nak ganti “Cliff Burton” (bassist Metallica). Aku dah buang jauh-jauh cita-cita untuk menjadi seorang CIKGU. Dah tak masuk dalam kamus hidup aku untuk jadi seorang CIKGU.

Namun, bila di sekolah, macam biasa soalan yang membosankan akan ditanya oleh cikgu, ”apa cita-cita kamu”. Aku pun jawab, “nak jadi cikgu”. Cikgu tu sengeh jer tak percaya. Macam biasa, kawan-kawan aku juga tak percaya termasuk aku sendiri tak percaya aku akan jadi cikgu.

Tahun 1991 – Aku tingkatan 5, akan menduduki SPM beb! Walau tahun ini aku akan menduduki SPM, namun aku masih aktif dengan jamming lagu-lagu Metal. Aku tak fikir sangat untuk menduduki SPM ni. Nak jadi macam Lars Ulrich, tak perlu SPM, so apa perlu aku belajar. Namun, demi menjaga hati ‘bonda’ tercinta, aku pergi juga ke sekolah. Balik sekolah sebelah petang, lepak main gitar kapuk. Cuti sabtu-ahad, pergi SYJ Studio.

Beberapa bulan sebelum SPM, mak aku dah kuat bebel sebab tengok aku tak belajar, asyik melepak jer. So, aku pun belajar jugak ler sikit-sikit, demi menjaga hati ‘bonda tercinta’. Mak selalu nasihat, suruh sembahyang dan belajar sungguh-sungguh. Nanti dapat kerja bagus…. Jadi cikgu ker…. Dan jadi manusia berguna, manusia beragama. Aku dengar ajer, sambil angguk kepala. Memang aku tahu, di lubuk hati dia, dia ingin melihat anak dia ni jadi cikgu.

November 1991 – Saat paling aku tunggu-tunggu dah tiba. Aku habis menduduki SPM, bererti aku tak perlu pergi sekolah lagi. MERDEKA! Bebas aku dari dibelenggu dengan undang-undang sekolah. Aku dah boleh simpan rambut panjang. Dah boleh jadi 100% Mat Metal. Aku aktif semula dengan jamming. Perkara pertama sekali aku lakukan lepas sekolah…. Simpan rambut panjang. Hahaha. Barulah Rock Beb!

Tahun 1992 – Result SPM keluar. Walau aku belajar lebih kurang, tetapi result aku tidak mengecewakan. Cikgu-cikgu yang sengeh bila aku beritahu cita-cita aku nak jadi cikgu, tak percaya result yang aku dapat. Kawan-kawan pun terkejut jugak. Mat rock ni dapat pangkat satu yek…. Hehehe. Aku pun tak percaya jugak beb!

Macam biasa, bila result keluar, macam-macam borang kena isi. Borang U, Politeknik, ITM, dan akhir sekali borang maktab. Aku tak minat sebenarnya, tapi isi jugak ler. Nak jadi macam Cliff Burton tak perlu isi borang tu beb! Tapi, demi menjaga hati bonda tercinta, aku turutkan sahaja. Macam-macam borang aku isi. Dan… ibu aku beritahu… dia lebih suka kalau aku jadi CIKGU. Adusssss…. Nak suruh aku jadi cikgu? Cikgu ajar main gitar lagu metallica boleh ler. Namun, aku turutkan jua nasihat mak aku, borang maktab pun aku isi.

1993 – Aku diterima memasuki Maktab Perguruan Batu Pahat (Pengajian Matematik – sebab math aku dapat A2 beb! hahaha). Rambut aku panjang, kalau masuk maktab kena potong rambut… oh, tidak! Aku tak minat sebenarnya. Namun, demi memenuhi hajat seorang ibu… Julai 1993 aku pun bergelar seorang ‘GURU PELATIH’.

1993-1995 – Aku kini bergelar guru pelatih (bakal cikgu beb!). Dunia aku dah berubah. Namun begitu, aku masih minat pada muzik metallica dan Nirvana. Di sini juga, aku banyak belajar untuk menjadi manusia. Aku mula minat pada penulisan sastera dan puisi… hahahaha. Baru aku sedar, aku pun ada bakat dalam dunia penulisan kreatif ni beb! Hehehe.

Semasa di Maktab jua lah, aku dikenalkan dengan apa itu usaha agama yang orang panggil ‘jemaah tabligh’. Ada seseorang teman ajak aku pergi Markas tabligh di Jalan Lim Pon, Batu Pahat. Jemaah Tabligh? Apa dorang buat yek. Kerana keinginan itu, aku pun pergi ler ke markas tabligh. Kami, student-student maktab ni, dilayan istimewa sikit. Diberi makan special dan dapat makan ais krim. Kira ok ler tu.

Terus terang cakap, pertama kali pergi markas tabligh tu, aku tak paham apa pun ceramah yang disampaikan. Yang aku tahu, lepas isyak tu dapat makan dalam satu dulang, sedap beb. Sebagai pelajar, dengan elaun yang tak cukup, bila dapat makan free jer, seronok bukan main ler.

Beberapa kali juga aku pergi markas di situ. Bukan nak dengar bayan sangat pun. Aku pergi semata-mata sebab dapat makan free. Bila dorang tanya azam aku, suruh bagi nama azam keluar jalan Allah, aku bagi ajer ler nama, walau aku tak faham apa-apa sangat.

November 1995. Aku tamat belajar di MPBP dan aku mula posting mengajar di SK Tunjuk Laut, Kota Tinggi Johor. Akhirnya, BENARRRR AKU JADI JUGA SEORANG GURU! Cita-cita yang selalu aku beritahu pada cikgu-cikgu aku dulu!

AKU KINI SEORANG GURU MALAYSIA! SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA CIKGU-CIKGU YANG PERNAH MENGAJAR AKU DAHULU, YANG PERNAH MARAH AKU, YANG PERNAH MEROTAN AKU DAN YANG PERNAH MEMBEBEL KAT AKU.

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN GURU DI MPBP, SKTL, UPSI, SMKRC. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI DUNIA. DAN SELAMAT HARI GURU KEPADA AKU JUGAK.…HEHEHEHE.

Catatan tambahan untuk renungan bersama :

Semasa mengajar di SK Tunjuk Laut (1995-2000) ini jua, ada seorang cikgu di sini aktif dalam jemaah tabligh. Dia selalu ajak aku (taskel) pergi ke markas tabligh di Johor Bahru. Memandangkan aku dah memang pernah kenal sedikit dengan usaha jemaah tabligh ini semasa di maktab dahulu, memudahkan untuk aku ikut dia pergi ke markas JB. Dari sinilah bermula aku mengenal keluar 3hari, 40hari dan 4 bulan.

Dari sini, bermulalah dunia baru bagi aku.

Kini aku selalu mengingatkan diri aku, dan aku juga nak ingatkan pada semua guru dan juga bukan guru….. “Kejayaan Manusia yang sebenar hanya apabila seseorang itu taat pada perintah Allah swt dan, mengikut cara hidup Baginda Nabi S.A.W”. “Walau kita seorang doktor, engineer, guru, kerani, pekerja kilang, pekebun, peladang…. Itu satu keperluan sahaja. Maksud kita dihantar adalah untuk menjadi penyambung kepada kerja nabi saw.”

...dan sebenarnya aku dan tuan-tuan semua adalah ummat nabi saw, dan bertanggungjawab untuk menyambung kerja nabi saw.


(catatan tambahan : aku di SK Tunjuk Laut tahun 1993-2000. Tahun 1999 aku kahwin. Tahun 2001-2004 aku sambung belajar di UPSI. Tahun 2004 hingga kini, aku mengajar di SMK Raja Chulan Ipoh)

Syeikh Nuruddin al Banjari - Penerangan Tentang Jamaah Tabligh (1)

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails