Friday, September 16, 2011

Kita Hanya Merancang ...

(entri ni rentetan kisah sedih aku tak dapat visa ke India)

(kepada tuan-tuan yang tidak pernah ikut jemaah keluar 3hari 40hari atau 4bulan, mungkin tuan-tuan 'kurang faham' atau 'tidak faham' beberapa istilah dan jalan cerita dalam entri ni. Jadi, kalau nak faham tuan-tuan kena keluar ler 3hari...insyaallah..:))


(Banglawali Masjid, Hazrat Nizamuddin, New Delhi, India)

JANUARI 2011
-Tarikh Mesyuarat Malaysia telah diputuskan akan diadakan pada 16, 17 ,18, 19 SEPTEMBER 2011.

-Bila berita ni dikhabarkan pada aku, aku pun mula pasang niat untuk hadir Mesyuarat Malaysia di Nizamudin tahun ni.
-Kali terakhir datang Nizamudin tahun 2008 semasa keluar 40hari masturat. Kira dah 3 tahun tak ke sana.
-Tahun 2005 dulu pun, alhamdulillah Allah swt beri kesempatan untuk aku duduk dalam Mesyuarat Malaysia di sana, dan aku berharap semoga Mesyuarat 2011 ni Allah swt akan pilih aku lagi.
-Niat perlu ada yop dan perancangan perlu dibuat sekarang.

FEBRUARI 2011
-mendapat tahu, kuota untuk hadir mesyuarat bagi seluruh Malaysia seramai 600 orang. Kuota untuk markas Ipoh pula seramai 25 orang.
-aku terus menyimpan hasrat semoga aku antara dalam senarai 25 orang dari markas Ipoh tu.
-Pertengahan Fabruari 2011, aku mendapat tahu dah ada beberapa karkun yang mula booking tiket Air Asia utk hadir mesyuarat ni. Perghhhh.... mantop! Urusan tafakut belum dibuat, tapi dah beli tiket.... ni kira josh tahap gaban ni.
-Bila dapat tahu ada yang dah mula beli tiket, jasbah aku untuk beli tiket juga makin meningkat. Aku pun mula risik-risik kat Syura Ipoh, tanya dah boleh tafakut untuk mesyuarat nizamudin ke? Josh beb!
-Syura bagitahu, urusan tafakut mesyuarat Malaysia belum boleh dibuat lagi, tapi berdasarkan syarat-syarat yang diberi aku layak untuk pergi dan insyaallah aku tersenarai dalam kuota 25 orang dari Ipoh tu.
-Apa lagi, kerana jasbah yang tinggi... walau belum tafakut dan visa belum ada... aku pun mula godek2 web Air Asia...tengok tiket... dan akhirnya pada 28/1/2011..aku pun booking tiket Air Asia untuk hadir Mesyuarat Malaysia 2011...tiket harga RM844.00 (pergi pada 15/9/11 dan balik pada 20/9/11).




MAC & APRIL 2011
-aku dah makin tak sabar nak tafakut, tapi urusan tafakut masih belum boleh dibuat.

MEI 2011
-Lebih kurang pertengahan Mei rasanya, urusan tafakut dah boleh dibuat. Kuota Markas Ipoh tetap 25 orang. Aku antara orang yang terawal mengadap syura untuk ditafakutkan.... malumlah tiket dah beli beb!
-Lebih 30 yang tafakut dan memenuhi syarat untuk hadir mesyuarat sedang kuota hanya untuk 25 orang sahaja. Maknanya akan ada beberapa nama akan tercicir....
-Syura akan buat tapisan untuk pilih 25 orang tu.
-Allah swt nak suruh aku makin tawajuh ni.
-Doa beb, moga Allah swt pilih. Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

JUN 2011
-Dalam pertengahan Jun rasanya, Syura Ipoh telah bermesyurat dan nama-nama yang boleh hadir Mesyurat Nizamudin dari markas Ipoh dah ada.
-Alhamdulillah, nama aku tersenarai dalam kuota 25 orang tu.... Alhamdulillah Syukurr... lepas satu halangan.
-Tiba-tiba, diberitahu Keputusan Mesyurat di Sri Petaling pula memutuskan urusan tiket hanya boleh dibuat selepas dapat visa.
-Dengan kata lain, Syura Malaysia suruh buat visa dulu baru beli tiket...alamak...aku dah beli tiket dulu sebelum buat visa.... masalah ni...tak dengar cakap Syura...
-Adussss....camner ni yop? Bahaya kalau tak taat keputusan mesyuarat ni! Tapi, bila pikir-pikir balik, aku dah beli tiket sebelum Syura Malaysia buat keputusan, so tak boleh ler kata aku tak taat keputusan mesyuarat kan. Sebab tiket dibeli sebelum keputusan tu dibuat.... (sajer nak sedapkan hati..)

-Aku terpikir pasal hutang PTPTN pula. Sebab aku ada hutang kat PTPTN ler.
-Chek kat web PTPTN....adusssss.... nama aku tersenarai dalam senarai hitam ke luar negara. Ni semua gara-gara malas bayar hutang ler ni.... adussss, masalah lagi ni.
-Tanpa buang masa, aku ke KL pejabat PTPTN, jumpa pegawai tanya jumlah hutang aku dan cara untuk keluarkan nama aku dari disenarai hitam.
-Chek punya chek.... Tunggakan hutang aku ada 8 ribu lebih (tu baru tunggakan bukan jumlah hutang)...mak aiiiii.... mana nak cari duit beb!
-Aku pun tanya, boleh bagi diskaun ker untuk lepaskan nama aku.
-pegawai tu suruh aku buat rayuan, dan bayar 1/2 dari tunggakan tu dulu lebih kurang 4 ribu untuk membolehkan nama aku dikeluarkan dari senarai hitam.
-4 ribu???? mana nak cari yop!
-Kena makin tawajuh ni.... Khazanah Allah swt begitu luas....yakin ler...
-Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

JULAI 2011
-Hutang PTPTN terus membelenggui aku. Risau gak, kerana PTPTN ni boleh menghalang aku ke India dan juga keluar negara. Masalah ni yop!
-Aku mula terpikir nak jual kat mudah.com ajer motor ex5 aku, kurang-kurang dapat ler cover sikit untuk bayar 4ribu tu.
-Terukan tawajuh...
Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

OGOS 2011
-Bulan Ramadhan datang dan saat untuk ke Nizamudin makin hampir... tinggal sebulan lagi. PTPTN aku masih belum settle lagi ni.... khazanah 4ribu masih belum turun dari langit lagi (perghh macam ler aku ni hebat benor nak dapat khazanah turun dari langit).
-Aku tunggu-tunggu juga, mana ler tahu ada tikus datang bawak uncang emas ker atau tiba-tiba jatuh dari langit duit 4ribu ker (macam amalan wali-wali Allah dulu-dulu),----hahaha amalan pun hampeh, hati pun penuh cinta pada dunia..... nak harap nusrah Allah macam wali-wali.....sedor ler diri tu yop...bisik hati aku...hehehe

-Aku mengadap pengetua sekolah aku, mintak cuti pada 19 - 21 September. Dan aku isi borang kebenaran keluar negara. Pengetua aku tanya, nak ke mana? Aku bagitau nak ke India....nak melancong selama seminggu.... tapi dia tanya aku..."urusan jemaah tabligh yek" aku sengih ajer...
-Alhamdulillah, dengan izin Allah swt cuti aku lulus dan kebenaran ke luar negara juga lulus.
-Selesai satu lagi halangan...
Yakinlah, sekiranya Allah swt pilih, tiada satu kuasa yang mampu menghalang....kena selalu targhib untuk diri sendiri.

-Aku terpikir pasal passport pula, rasa macam dah nak mati dah.... chek punya chek...passport mati bulan Feb 2012, kurang 6 bulan dari tarikh ke India.....so maknanya aku kena buat passport baru. Nak kena keluar duit lagi ni...huhuhuhu...duit makin nipis ni....
-Tanpa buang masa, aku terus ke pejabat imigresan, ambik gambar isi form nak buat renew passport. Sampai kat kaunter (awek yang jaga kaunter) dgn konfidennya aku bagi borang yg lengkap diisi, bagi gambar dua keping, bagi passport lama...awek tu chek taip kat komputer dia...pastu suruh aku letak ibu jari kat tempat scan tu.... bila letak ibu jari aku jer...wajah awek tu berubah lalu beliau berkata..."maaf encik, nama encik kena block sebab tak bayar hutang PTPTN, jadi encik tak boleh buat passport..." Adussss... malu aku beb. PTPTN lagiiii.....


Aku tulis surat rayuan. Mengadap pengetua aku sekali lagi, nak buat surat sokongan dari dia supaya pihak PTPTN bersihkan nama aku... alhamdulillah, pengetua aku ok, dia tandatangan surat sokongan dan aku terus fax ke ptptn.... dan tunggu jawapan dari ptptn...
-Aku tak sabar...telefon dan email  PTPTN, dia kata masih dalam pertimbangan...
-minggu beikutnya..aku telefon lagi...jawapan masih sama.... dalam pertimbangan lagi.... berapa banyak nak timbang daaa..... tension gua beb!

Lagi sebulan nak ke Nizamudin.... urusan visa dah mula dibuat. Karkun yang akan ke Nizamudin dah sibuk buat Visa, ada yg guna agen, ada yg buat sendiri... Syura Ipoh dah mula tanya aku, bila nak buat visa...aku hanya jawab insyaallah dalam masa terdekat (dalam diri masih dibelenggui dengan hutang PTPTN).

Penghujung Ogos, seminggu sebelum cuti raya, aku fax lagi sekali rayuan ptptn...aku email, aku tepon, aku chek kat web ptptn...jawapan masih sama.... rayuan masih dalam pertimbangan.... PTPTN ni guna timbang apa yek, lambat benor nak menimbangnya....geram pun ada...

30 OGOS 2011 - Umat Islam Raya.... aku pun beraya...dalam dalam hati masih berdebar menanti keputusan rayuan ptptn.

SEPTEMBER 2011
2/9/2011 (jumaat) - Masih dalam mood raya, tapi pejabat kerajaan telah mula dibuka. aku tak sabar, walau dalam mood raya, aku telepon PTPTN tanya pasal rayuan aku. Pegawai tu jawab, semua pegawai yang bertugas untuk bahagian rayuan tu bercuti...dia suruh tepon hari isnin....

5/9/2011 (isnin) - sekolah mula di buka setelah cuti raya. aku tak sabar, terus call PTPTN tanya tentang rayuan aku...pegawai tu bagitau tetap masih dalam pertimbangan, belum ada jawapan. Aku bagitau aku nak cepat sebab nak buat passport dan visa, nak keluar negara pada 15hb ni... pegawai tu syorkan pada aku, kalau nak cepat datang sendiri ke pejabat ptptn, bawa duit berapa yg ada..buat rayuan terus.... kalau diterima, on the spot nama aku akan terkeluar dari senarai hitam keluar negara......
- aku pun bincang ngan wife aku, aku akan ke ptptn untuk bayar tunggakan hutang dan minta dibersihkan nama aku dari senarai hitam.... tapi duit tader ler pulak.... korek tabung, korek tabung haji, korek mana-mana akaun bank yang ada.....korek mana yang patut ---kira-kira masih tak cukup juga untuk bayar separuh tunggakan tu...... tapi kena yakin... Allah ada...
-mula targhib untuk diri sendiri...wahai hairere, kalau dah ditertulis chai dan roti kamu ada di Nizamudin pada 16/9/2011, kamu tetap akan sampai ke sana juga, jangan bimbang.....tak ada kuasa yang boleh menghalang kuasa Allah swt. Kena yakin beb...
"Allah swt maha kuasa, makhluk tiada kuasa. Passport xder kuasa, visa xder kuasa, tiket takder kuasa, duit xder kuasa, GrandLotus India xder kuasa, imigresan india xder kuasa,..Hanya Allah swt pemilik Kerajaan Langit dan Bumi MAHA BERKUASA. Sekiranya Allah swt telah pilih kita untuk hadir ke Mesyt Msia d Nizamudin India, tiada kuasa yang mampu menghalang!" Targhib untuk diri sendiri...

6/9/2011 (selasa)
-sepatutnya aku ke ptptn hari ni, tapi kerana duit masih tak cukup lagi....terpaksa batalkan niat dan teruskan tawajuh dan mohon khazanah dari Allah swt.

-baca status fb Azhar Jaafar.... beliau dah dapat visa ke India, proses dia buat sendiri. Perghhh jeles beb.
Jasbah aku makin bertambah, dah tak sabar-sabar nak buat visa ni....ya Allah...passport tak bleh buat, ptptpn halang, so camner nak buat visa ni...adussss.... jiwa makin kacau.... kena tambahkan solat sunat hajat ni...
-chatting ngan Azhar Jaafar, tanya prosedur buat Visa dan dokumen2 yang diperlukan. Tanya beberapa karkun lain dan baca web grandlotus.... aku dah mula faham prosedur utk buat visa ni. Aku print form buat visa...dah makin risau ni, masa semakin suntuk...passport masih tak boleh buat... nama masih disenaraihitamkan oleh ptptn...

7/9/2011 (rabu)
-aku perlu ke kl, ke pejabat ptptn settle kan juga pasal ptptn...walau duit tak cukup.....
-teruskan tawajuh kena yakin Allah swt ada.....
-Habis sekolah (keluar awal kul 12tgh) naik bas terus ke kl...terjah pejabat ptptn. Alhamdulillah, ada orang hantar sikit duit untuk cukupkan sedikit bayaran ptptn.
-Jumpa pegawai ptptn...merayu...dan alhamdulillah...dengan izin Allah swt..petang itu juga, nama aku dikeluarkan dari senarai hitam ke luar negara....
-Terus sujud syukur.... satu halangan dapat dilepasi lagi....
-Aku makin yakin... tahun ini aku akan ke nizamudin insyaallah...

8/9/2011 (khamis)
-dah tak sabar nak buat passport.
-Lepas habis sekolah, aku terus ke pejabat imigresan...tak sabar dah. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan segala urusan... passport aku siap hari itu juga...nak menangis beb bila dapat passport, ye lah setelah menempuh macam2 ujian, akhirnya aku dapat jugak passport dan ini bermakna aku dah boleh ke luar negara...terbayang dah banglawali masjid.
-Jasbah makin kuat.... aku makin yakin.... tahun ni dapat jejak Banglawali Masjid.
-aku cadang nak ke Granlotus untuk uruskan visa esok pagi (nak ambik mc cadangnya).
-Dari sumber yang sahih, diberitakan baru 2 orang sahaja karkun Ipoh yang berjaya memperolehi visa, yang lain masih belum berjaya lagi.
-Cikgu Shukri, syura ipoh call tanya pasal visa. Kemudian dia bagitau, isnin depan ramai yg akan ke kl utk urusan visa.
-Kedutaan India telah menambahkan lagi syaratnya untuk memperolehi visa (khas utk orang yang berjanggut).... memerlukan surat pengesahan majikan....
-Adussss.... nak kena mengadap pengetua lagi aku ni.

9/9/2011 (jumaat)
-aku mengadap pengetua sekolah aku sekali lagi atas urusan nak ke India ni.
-Aku bagitau embassy india minta surat pengesahan pekerjaan untuk memperolehi visa. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan segala urusan... pengesahan dari majikan aku perolehi.

11/9/2011(ahad)
-selepas isyak lebih kurang jam 10.30 malam aku dan ustaz Hafis (karkun sama halqah) meredah malam menuju ke Masjid Sri Petaling.
-Esok pagi, insyaAllah kami akan terjah ke GrandLotus untuk urusan visa india.

12/9/2011 (ISNIN)
-Di Masjid Sri Petaling.
-Dengan keazaman yang membara, aku bersama bersama Utz Hafiz dan Rahman (karkun ipoh) menaiki lrt menuju ke Grandlotus untuk urusan permohonan Visa India.
-Di sana, dah penuh dengan karkun-karkun dari seluruh Malaysia.... Pihak GrandLotus pun mungkin pelik, apsal mamat-mamat berjanggut ni ramai2 nak mintak visa ke india...
-Semua dokumen dan borang aku hantar... Bayaran RM168 aku bayar.... esok baru tahu keputusan dapat or tak dapat visa ke India... Aku beri resit kepada Rahman suruh dia yang collect visa esok.
---dan debaran makin membara.

13/9/2011 (SELASA)
-Aku makin berdebar... menanti jam 5 petang untuk mengetahui keputusan samada visa aku dapat atau tak dapat.
Aku masih menaruh keyakinan... aku akan mendapa visa insyaallah...
-Jam 5.30ptg... aku call Rahman nak tanya khabar gembira dari Grandlotus. Adik Rahman yang jawab dan dia beritahu... rahman tertinggal handphone...so tak dapat hubungi dia...
-Adusssss...... makin berdebar ni.....macam mana nak contact mamat ni, nak tahu keputusan dapat or tak dapat visa India?
-Allah swt beri ilham, aku call Shamani (karkun yang bertangjwab urusan visa - kira agen ler)..tanya dia tentang visa...
-Beliau bagitau...ada 300 lebih yang hantar borang...dan semua permohonan masih di'hold'kan lagi oleh pihak kedutaan India... mungkin pihak embassy terkejut kot, sebab banyak sangat yg mohon...
-debaran semakin mendebarkan....

14/9/2011 (Rabu)
-semakin mendebarkan....tiket aku esok jam 7.00 petang...adakah aku berjaya menjejaki bumi India esok..
-petang jam 5.30ptg, aku call Shamani tanya tentang Visa....jawapan yang aku terima "hari isnin dan selasa ada 700 lebih yang hantar borang permohonan visa India.... dan kesemuanya diREJECT oleh pihak KEDUTAAN INDIA"...... nak menangis aku dengar beb!
-dapat tahu passport aku ada pada Rahman dan dia on the way balik ipoh dan akan terus ke markas ipoh.
-Aku ke markas ipoh, masih mengharap keajaiban...mana tahu entah-entah passport aku sorang yang lepas.... walau rasanya dah confirm tak dapat...
-Jumpa Rahman...tengok passport aku... memang confirm TIADA VISA INDIA...huhuhuhu.... KECEWA TAHAP GABAN beb!.....
-terbayang Banglawali Masjid, Terbayang wajah maulana Saad, maulana Zubir, maulana Ahmad Lat.....
-terbayang tandhori kat depan markas tu...
terbayang chai di sana...
terbayang anak2 peminta sedekah di pintu masuk menarik2 tangan orang ramai sambil berkata....."baba..baba.... lailahaillah..muslim baba..."
...semuanya terbayang...

15/9/2011
-Flight aku ke India dari LCCT jam 7.00petang...tetapi aku masih di ipoh lagi...aku beritahu wife aku...insyaallah...esok kita ke 'Little India' di Ipoh ajer...tak perlu visa, tak perlu passport, tak perlu tiket kapal terbang......




Moral of the story ......



13 comments:

kak norsha said...

Manusia merancang, Allah jua menentukan.....

Ibnu Hatari said...

Akum bg,

Syura kita, syeikh muhammad pon tak lepas kat high commisioner india tu, walhal ada hamba Allah tu tolong beliau dgn guna kuasa setiausaha sulit dpd pejabat pm lagi.. hamba Allah tu siap attack embassy jln duta panggil polis..serius polis siap ambush masuk gertak puak2 high comissioner wo.. sy tau kisah ni pasal sy ada jugak time tu..
tapi tu semua makhluk, tmasuk pengaruh n kuasa skali takkan dpt ubah kputusan Allah.. Allah buat n tentukan segala2nya
Dari markaz kch pulak, cuma 3 yg terpilih dpd kuota. 15 org.. n takda satu syura pun yg tgolong dlm 3 yg tpilih tu.. salahsatu dpd 3 tu, ust zaid ibnuzainirembawi skang dah kat nizamuddin..

Moral of d story, rupanya abg punya mujahadah, dari bulan april lagi.. punyalah tinggi iradah abg utk ke nizamuddin, despite bbagai2 halangan dunia yg dhadapi..
Well, kputusan Allah sebaliknya kan? Takda sapa boleh psoalkan, bila visa kene reject tu, sy geram gilr..cuma sy malu dgn diri yg merungut nih, pasal nak dbandingkan dgn usaha, ikhtiar n jazbah abg utk msryt nizamuddin, dgn sy, jauhnye...

Takpe, Allah dh terima smua visa2 yg tereject tu sbg asbab hidayah utk umat.. maknanya kita kene redha dgn kputusan Allah.. insyAllah, Allah bukakan pintu berkat n kabuliat yg lain asbab kisah nizamuddin abg tu ye..

Doa karo..

UmmuNurul said...

assalamualaikum wahai habibiku,

penyataan ini membenarkan sesiapa jua akan menangis dan meruntun jiwa, begitu sekali kekecewaan menjengah..

yakinlah, kita xtahu apa yang Allah nk beri selepas ini..maha suci Allah!(untuk meredakan hati sendiri juga)

Hidayatullah said...

Huh.. betol2 Allah sayang dgn tuan..dia bg ujian spy kita blaja yakin.. dasyat tol ujian Allah bg kt tuan.. saya masih belom diuji mcm 2.. xmerasa lg kesusahan sedemikian

Ziarah76 said...

sabar la... tentu ada hikmahnya

ahlia azharjaafar said...

sabar byk2 tuan..semoga asbab susah payah tuan, Allah sebarkan hidayatNya ke seluruh alam...amin

Tamindhari said...

Kak Norsha -
Benarrr.... Allah yang menentukan segalanya.

Ibnu Hatari
Memang kita kena radha dan kena periksa amalan. Semua karkun Malaysia kena periksa amalan masing2...

UmmuNurul @ayang :)
terjah little india...jommmmm

Hidayatullah
kalau nak banding ngan mujahadah sahabat.... takder apa sebenarnya pengorbanan yg kita buat.

Ziarah76 -- saborrr....

AhliaAzharJaafar
-aminnn....Allah kabul perma.
"apakah amalan azharjaafar yang membolehkan dia terpilih dalam beratus2 orang yang hantar permohonan? dah kena tahu ni"

DrAzmier said...

Salam Cikgu,

Allah terima korban cikgu asbab hidayah seluruh alam...cikgu dapat juga rasa tempias sahabat2 nabi nak masuk mekah tapi akhirnya tidak dapat..sampai nabi minta tahalulpun semua masih menangis..sampai isteri nabi suruh nabi tahalul dulu...berkat taat sahabat, lepas tu ada fatah mekah..

Ramai juga yang hidup zaman sekarang setiap masa/ketika rungsing, tapi atas kehidupan dunia yang sementara sedangkan masalah sebenar kita nak bawa iman/amal depan Allah dan kerisauan nabi atas umat bila mengadap nabi di Akhirat nanti..doakan supaya kita kekal dalam usaha atas iman/amal sampai balik kepada Allah..Amin..

Dr Mohd Azmier Ahmad
USM Nibong Tebal

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum.

Sebuah syair arab berbunyi: Kalaulah kelopak mata langit tidak menangis, masakan bunga-bunga di bumi dapat ketawa keriangan.

Allah nak terima airmata tuan jadi asbab hidayat. Saya tafakut dengan syura Tawau, awal-awal tak terpilih pun dah rasa kecewa sangat, apalagi tuan yang dah banyak korban dan menempuh 1001 halangan hingga ke saat akhir untuk tujuan nak ke nizamuddin ni. saya tumpang sedih sama. Semoga Allah pilih tuan di lain ketika insyaAllah. Sabar bebanyak. Allah nak bagi tuan rasa secebis apa yang sahabat rasa semasa di Hudaibiah.

Anak Pendang Sekeluarga said...

sabaq2..sy pernah muzakarah ngn haji mat pakistan ...beliau bagitahu beliau langsung x pernah miss mesyuart malaysia di nizhamuddin...since beliau kerja gov dulu until dia bersara..

azharjaafar said...

kisah tersadis 2011.. aku x de apa2 amalan istemewa.. masih rock macam biasa.. sampai ke nizamudin semata2 dgn pilihan Allah..

Tamindhari said...

DrAzmier :
Jazakallah... targhib yg baik.

Ishak Zaini :
Jazakallah... juga targhib yg baik.

Anak Pendang :
Hj Mat Pakistan memang orang lama dan banyak korban...

Azharjaafar :
moga kesadisan ni menjadi asbab hidayat setiap umat... aminn

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails