Saturday, October 22, 2011

Kepentingan Usaha Masturat (Bah. 1)

Usaha Masturat = usaha atas golongan wanita

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wanita (isteri) bagaikan pintu bagi sebuah rumah. Melalui pintu sesuatu boleh masuk ke dalam rumah, melalui pintu jualah sesuatu boleh terhalang masuk ke dalam rumah. Apabila seseorang wanita itu membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan mudah masuk ke dalam rumahnya. Sebaliknya jika seseorang wanita (isteri) itu tidak bawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan terhalang masuk ke dalam rumahnya.


Kerana itulah usaha atas golongan wanita (usaha masturat) adalah satu usaha yang amat penting. Sikap dan cara berfikir seorang wanita (ibu) memberi kesan yang mendalam terhadap anak-anak mereka. Apabila seorang ibu sentiasa fikir dan risau atas agama, kesannya mereka akan didik anak-anak dengan didikan beragama. Anak-anak juga akan membesar dengan fikir yang sama, yakni fikir bagaimana agama akan berkembang. Kebesaran Allah swt akan sentiasa berada dalam diri anak-anak. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak (atau kurang)  fikir tentang agama, sebaliknya hanya banyak fikir dan risau atas keperluan-keperluan dunia, kesannya anak-anak juga akan fikir yang sama. Anak-anak akan mudah dipengaruhi dengan kebesaran dan kehebatan dunia.



...............................
(22/10/2011 8.30 am)
....entri ni kena stop di sini dahulu. Sebentar lagi nak pergi bayan hidayat keluar Masturat 3 hari di Lekir Setiawan. InsyaAllah, balik dari kluar 3 hari akan sambung semula.... doa hidayat seluruh alam. aminnnn...

10 comments:

Dr. Ben said...

amin!

Hidayatullah said...

amin.. trase nk kawin pla ble bace.. br intro.. ha3

Tamindhari said...

Dr Ben : bila nak keluar masturat ke manjoi. Rumah saya sedia terima jemaah tuan, insyaAllah.

Hidayatullah : kalau dah terasa tu, apa ditunggu lagi...bawa ajer dalam mesyuarat.

ank_ayah said...
This comment has been removed by the author.
ank_ayah said...

Azam nk jadi wanita/isteri/ibu yg ada fikir dan risau atas agama. Insyaallah doakan

Anonymous said...

saya tertarik nak join..bila hadir berkumpul dengan diorang semalam di rumah jiran sebelah...

Anonymous said...

jiran blah saya ahli tabligh..isteri dia menjemput saya datang ke rumahnya lepas asar ada bacaan hadis..dan berkumpul ramai ramai...lepas hadir ke situ dah pulang ke rumah...hati saya tertarik rasa nak join group nih...yg saya tambah pelik..bila saya balek ke rumah hati saya jadik lembut..takde marah2 atau berckp nak menengking je kalo tak sebelum nih...

Anonymous said...

terus saya goggle berkenaan kumpulan nih...dan terjumpa pulak blog saudari..

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

Ahlia Zul said...

mohon share ye.

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails