Sunday, February 15, 2009

Dijerit Gelap, Gelap Takkan Hilang

Bayangkan jika kita berada dalam sebuah bilik yang gelap. Tak nampak apa-apa. Kita pun menjerit "gelap...gelap... gelap tolong pergi, aku tak nampak apa-apa!!!!" Jerit ler sehingga terkeluar anak tekak sekalipun, adakah gelap tersebut akan hilang?

Semua kita faham, gelap takkan hilang jika kita sekadar menjerit atau mengatakan "gelap,...gelap...gelap..." sahaja. Namun gelap hanya akan hilang apabila kita membawa cahaya (nyalakan lampu atau nyalana lilin). Dengan membawa cahaya, gelap sendirinya akan pergi, dan bilik akan terus diterangi.

Begitulah kita hari ini. Ramai antara kita kerap bising tentang kebatilan dan kemaksiatan. Heboh orang cerita pasal batil sana, batil sini, maksiat sana maksiat sini. Kat surat khabar, kat tv, kat majalah asyik menceritakan tentang kemaksiatan yang makin bermaharajalela. Kat warung kopi, kat anjung masjid, kat dewan negara, kat dalam masjid, kat dalam ceramah agama, kat dalam kem motivasi... semua sibuk cerita tentang kemaksiatan dan keruntuhan akhlak remaja hari ini.

Adakah dengan sekadar menceritakan dan menghebohkan mengenai kebatilan dan kemaksiatan ni, kemaksiatan akan hilang? Kita umpamakan kebatilan dan kemaksiatan ini bagaikan satu kegelapan. Gelap akan hilang hanya bila kita membawa sinar cahaya. Apakah cahaya yang perlu kita bawa.

Setiap amalan nabi mempunyai Nur(cahaya) yang tersendiri. Nur amalan nabi bagaikan cahaya matahari yang menerangi seluruh muka bumi. Dengan nur(cahaya) amalan nabi inilah semua kegelapan (kebatilan dan kemaksiatan) di muka bumi ini akan hilang. Dan hari ini, apabila kita bangun atas maksud untuk menghidupkan amalan nabi ini, kita bagaikan bulan yang menumpang cahaya matahari untuk menyinari bumi.

Apakah amalan nabi yang dapat menyinari bumi dan menghilangkan kegelapan manusia (kebatilan dan kemaksiatan)? Apabila nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, nabi telah membawa cahaya untuk menyinari Madinah hingga dikenali sebagai Madinah al-Munawarrah (bandaraya bercahaya). Apakah amalan yang nabi buat.

Sesampai sahaja ke Madinah, perkara pertama yang nabi lakukan ialah membangunkan masjid. Harus difahami, nabi membangunka amalan masjid, bukan sekadar membangunkan bangunan sebuah masjid. Masjid itu adalah amalan di dalamnya, hari ini kebanyakan kita faham masjid itu sekadar sebuah bangunan.

Apakah amalan masjid yang telah nabi hidupkan? Nabi telah membangunkan masjid Nabawi dengan empat amalan utama.

Pertama: Amalan Dakwah
Hidupnya Masjid Nabawi dengan amalan Dakwah. Sepanjang masa pasti ada halqah (sekumpulan) manusia yang berkumpul untuk menceritakan kehebatan dan kebesaran Allah. Membawa fikir manusia daripada kehidupan dunia yang sementara kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Daripada nilai Mal (harta) kepada nilai amal.

Kedua : Amalan Taklim Taklum (Belajar dan mengajar)
Sekiranya tiada halqah dakwah, pasti ada sekumpulan sahabat yang sedang membacakan atau mengajarkan hadis-hadis atau sabdaan-sabdaan nabi saw. Proses belajar dan mengajar terbahagi kepada dua perkara iaitu perkara berkaitan hukum (masail) dan perkara berkaitan kelebihan-kelebihan amal (fadail amal).

Ketiga : Amalan Ibadat
Sepanjang masa juga akan ada sahabat yang sedang melakukan badat. Ibadat seperti solat-solat sunat, tilawatul Quran, zikir dan doa.

Keempat : Khidmat
Amalan keempat iaitu khidmat. Amalan khidmat juga sentiasa wujud di dalam masjid Nabawi.

Dengan keempat-empat amalan inilah, Masjid Al-Nabawi telah hidup dengan amalan sepanjang 24 jam. Dengan amalan-amalan inilah, cahaya (Nur) telah menerangi madinah bukan sekadar di Madinah, bahkan ke seluruh alam hingga hari kiamat.

So, hari ini kita tutup cerita tentang kebatilan dan kemaksiatan di sana sini. Kemaksiatan dan kebatilan ini bagaikan kegelapan, yang takkan hilang kalau kita sekadar bising dan cakap...cakap dan cakap sahaja. Sebaliknya usaha perlu dibuat. Apakah usahanya??? Ya, kita (khasnya aku ler) kena bangun untuk hidupkan masjid-masjid di tempat kita dan masjid-masjid di seluruh alam dengan amalan-amalan masjid Nabawi di zaman nabi. Amalan-amalan inilah bagaikan Nur (Cahaya) yang akan menerangi bumi hingga hari kiamat.

8 comments:

Dr. Bentara said...

Sungguh baik nasihat ini. Azam untuk amal!

Ziarah76 said...

5 amal masjid mahalah saya turun naik.. hidayaatt.

Tamindhari said...

Apa yang aku tulis ni adalah intipati dari bayan subuh maulana Ibrahim semasa di Nizamuddin, waktu aku keluar 40H Masturat di India cuti sekolah lalu.

Moga aku juga dapat amal insyaAllah.
Azam karo..

Unknown said...

http://wirapendang.blogspot.com/

Unknown said...

Salam..jemput ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah...add myu blog..

zarch said...

Asalam, benar...benar, seperti seseorang yang menjerit "gelap" dalam gua yang gelap, apa yang dia dapat hanyalah suara-suara echo "gelap-gelap" berkumandang. Tetapi kalau dia nyalakan mancis, walau sekecil mana cahaya dia, namun nampak juga cahaya tu....

Doa...doa, semoga sentiasa adanya kerisauan dihati umat Islam buat hidayat dan doa untuk saya agar sentiasa cuba istiqamah dalam char amal....dakwah, taklim wa taklum, ibadat serta khidmat...

Tamindhari said...

Anak Pendang,
k dah khususi dah blog tuan, dah add dah.

zarzh,
sama-sama doa insyaAllah. Memangler nak istiqamah 5 amal yg susah tu... orang2 lama bagitau, istiqamah 2 1/2 jam, lain2 amal akan turut istiqamah insyaAllah. Aku targhib untuk aku.. yang masih tak istiqamah ni, sebab aku belum jadikan dakwah maksud hidup.

Unknown said...

Salam ziarah.......sila saya dalm proses untuk menerbitkan bayan muzakarah jemaah masturat yang terbaru..mohon doa tuan....

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails