Monday, January 4, 2010

40 Hari Keluar Bersama Jemaah Pekak Bisu



Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, satu jemaah terdiri dari 7 orang pekak bisu bersama 7 orang normal dapat dibentuk untuk membuat usaha agama selama 40 hari di sekitar markas Jitra dan Sg Petani.

Jemaah yang dibentuk pada 22/11/2009 dan tangguh pada 1/01/2010 ini telah membuat usaha di 12 buah masjid dan surau sekitar Sg Petani dan Jitra.

Pekak dan bisu, satu golongan yang kita sering sisihkan selama ni., tidak pernah kita fikir bagaimana pengetahuan agama perlu sampai kepada mereka. Amat menyedihkan sekali, golongan ini amat kehausan tentang pengetahuan agama. Amat mengejutkan sekali apabila didapati kebanyakan golongan pekak bisu ini beranggapan bahawa Allah swt adalah seorang lelaki. Apabila ditasmid kefahaman mereka tentang Allah, kebanyakan itulah jawaopan yang diberi. Ada yang mengatakan Allah lelaki, ada yang mengatakan Allah berjanggut, dan ada juga yang mengatakan Allah dan nabi muhammad adalah suami isteri. Input berkaitan agama tidak pernah sampai ke pengetahuan mereka selama ini. Begitu sedih sekali.

Apabila diceritakan kepada mereka kisah Nabi Musa, mereka begitu terpesona sekali. Bayangkan, umur mencecah 30 tahun, tidak pernah mendengar kisah Nabi Musa dan Firaun. Juga dalam umur sedemikian, mereka langsung tidak mengetahui bahawa adanya azab kubur.

Inilah satu takaza (tanggungjawab agama) yang perlu kita fikir bersama.


5 comments:

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Subhanallah..
Hebat Allah..
moga Allah terima pengorbanan tuan dan jemaah pekak/bisu tersebut sebagai asbab hidayat utk diri kalian dan umat nabi seluruh alam..
kagum..
tapi dalam masa yg sama rasa malu.. mengenangkan tahun ni saya miss nisab tahunan.. mohon tuan tolong doa utk saya..

ziarah76 said...

subhanallah,
semoga Allah terima pengorbanan tuan.
doakan untuk saya... buat usaha lagi dan lagi

syahbandar87 said...

murni sungguh perjuangan ini..dakwah ini..pasti akan ada ganjaran bg golongan yg memperjuangkan agama Allah dngn apa jua cara sekalipun..jemaah tabligh hebat dakwahnya menyusuri dari kampung ke kampung.mengajar orng dr yg tak pandai solat sehinggalah kpd pandai solat.dari yg tak tahu langsung sehinggalah dpt tahu sdkt sebanyak ttng islam..bagus betol..itu lah indahnya islam..unik,pelbagai cara dakwah disampaikan..melalui buku2,blog,melalui kuliah2 di masjid,keluar beramai-ramai,belajar di pondok,universiti islam,majlis2 ilmu dimana2 dll lg..semuanya sama yg penting keihlasan..ibarat ingin membina sebuah rumah..yg berbeza cuma peralatannya..ada yg guna tukul.ada yg guna pahat..ada yg guna gergaji..saling memerlukan antara satu sama lain untuk membina sebuah rumah..

teruskan perjuangan Islam..walaupun mungkin cr kita berbeza tp niat kita ttp sama.krna Allah dan demi perjuangan islam.insyaAllah :)

Anonymous said...

TAKBIR!!!!

SAUDAGAR FISABILILLAH said...

Allahu robbi... Allahu Akhbar<<< Allah SWT boleh pilih siapa sja utk buat usaha kenabian ini ,camana Allah SWt britau klu manusia tidak mau ambil keje ini Allah SWT boleh pili makhluk lain ...subhanAllah..
cuma dgn pengorbanan dan susah payah bgini Allah SWT jdi kan asbab turunnya hidayah ke seluroh alam...syabas,,,para jemaah ,,,dua Allah SWT pilih kita lagi sehingga kita mati dan jadikan kerja kenabian ini sebagai maksud hidup kita,,,Da'wah utk saya..saya yg perlu IMAN,,,

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails