Saturday, November 21, 2009

Hari ni Keluar 40 Hari...

Sedar tak sedar, masa cepat betul berlalu. Dah hujung tahun dah. Hari ni bermulanya cuti sekolah. Dan seperti biasa, tiap kali cuti sekolah aku akan habiskan masa untuk berada di jalan Allah swt 40 hari. InsyaAllah, dengan izin Allah jua, malam ni, beberapa jemaah akan mula bertolak dari markas Ipoh untuk ke Sri Petaling. Hidayat seluruh alamm

Dan macam biasa jugak ler...tiap kali nak keluar ni, ramai ler member2 kat sekolah, sedara mara, ipar duai dok sibuk tanya...kenapa perlu tinggalkan anak isteri selama 40hari. Tak kesian ker kat isteri dan anak2.... so, harap2 penulisan kali ni, yang bersandarkan pada kitab Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya oleh Maulana Muhammad Ihtishamul Hasan...akan dapat menjawab serba sedikit persoalan tersebut.

Jika melihat kepada lembaran sejarah sekitar 1400 tahun yg lalu, umat Islam adalah pemilik tunggal kemuliaan, keagungan, kegemilangan, kebesaran dan kehebatan. Namun, jika kita perhatikan umat Islam dewasa ini, kita akan nampak bahawa kita berada dalam keadaan yg sangat hina, lemah dan tidak mengetahui apa-apa, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tiada lagi perasaan persaudaraan dan kemesraan. Perangai dan budi pelerti kita tidak baik, akhlak juga tidak baik...malah segala keburukan telah wujud dalam diri ummat ini dan kita telah jauh daripada kebaikan.

Hakikat sebenarnya, ialah sehingga ke hari ini, penyakit kita belum dikenalpasti (diagnos) secara sempurna. Beberapa perkara yg dinyatakan sebagai penyakit yg kononnya telah menyebabkan kejatuhan kita, bukanlah penyakit yg sebenar, tetapi hanyalah gejala sampingan. Oleh itu, selagi tumpuan tidak diberikan kepada penyakit yang sebenar serta rawatan unsur2 nya tidak dijalankan, maka pemulihan ke atas gejala2 sampingan bukan sahaja tidak mungkin terlaksa malahan menjadi mustahil. Oleh itu, selagi kita tidak betul2 mengenal pasti penyakit dan tidak mahu mengetahui cara rawatannya yang sebenar maka sebarang perbincangan untuk mengislahkan umat adalah satu kesilapan yang besar.

Kita mendakwa bahawa syariat kita adalah undang2 Allah swt yang sempurna yang menjamin kejayaan dan kesejahteraan urusan dunia dan agama kita sehingga hari kiamat. Oleh itu, tiada alasan untuk kita mengenal pasti penyakit kita dengan akal dan fikiran sendiri serta mula mengubati penyakit itu. Sebaliknya, kita perlu mengenalpasti penyakit tersebut berpandukan Al Quran dan mengetahui cara rawatan daripada sumber petunjuk dan hidayat yang sama, kemudian terus melaksana rawatan tersebut. Apabila Al Quran sendiri merupakan perlembagaan hidup kita yg sempurna hingga ke hari kiamat maka tiada alasan untuk mengatakan al quran tidak mampu memberi pimpinan kepada kita dalam masalah yang genting ini.

Jika kita perhatikan, satu janji daripada Allah swt ialah pemerintahan dan khalifah di muka bumi ini adalah sebenarnya untuk orang Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat berikut :

"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah2 yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa...." (an-Nur : 55)

Allah swt juga telah meyakinkan kita bahawa orang mukmin sentiasa akan menguasai orang kafir dan mereka (orang kafir) tidak akan mempunyai sebarang pertolongan dan pembantu sebagaimana dalam ayat berikut :

"Dan sekiranya orang kafir memerangi kamu tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan, kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yang menjadi pelindung atau pemberi pertolongan." (al-Fath : 22)

Pertolongan dan bantuan kepada orang mukmin adalah dalam tanggungjawab Allah swt dan merekalah yang sentiasa tinggi dan mulia di dunia ini. Firman Allah swt :

"Adalah sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman." ( Rum : 47)

"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa2 yang menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (benar-benar) beriman." (ali Imran : 139)

"padahal bagi Allah swt jualah kemuliaan dan kekuatan itu bagi Rasulnya serta bagi orang yang beriman akan tetapi golongan yang munafiq itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenar)" (al- Munafiqun : 8)

Dengan merenung firman2 Allah swt tersebut, dapat diketahui bahawa kemuliaan, kehebatan, ketinggian serta setiap kebesaran dan kebaikan orang Islam bergantung kepada sifat keimanan mereka. Sekiranya hubungan mereka dengan Allah swt dan Rasulnya mantap (yang merupakan tujuan iman) maka segala-galanya menjadi milik mereka. Sebalinya, jika dalam hubungan itu terdapat kekurangan maka natijahnya tidak lain kecuali kerugian dan kehinaan semata-mata sebagaimana yang telah dinyatakan sejelas-jelasnya dan ayat berikut:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-Asr)

Sekrang, perkara yang paling penting untuk direnungi ialah, jika memang kita kehilangan hakikat Islam, yang merupakan sumber kejayaan dan kebaikan kita di dunia dan akhirat maka kita harus tahu punca2 yang menyebabkan roh Islam tersebut terkeluar daripada diri kita. Lalu menjadikan kita bagaikan satu jasad yang tidak bernyawa.Kita juga harus mengetahui cara2 agar nikmat yang sudah hilang itu dapat dikembalikan.

Apabila kita membaca al Quran, dan kita meneliti sebab2 kelebihan dan keutamaan umat ini, maka kita akan mendapati bahawa umat ini telah diberikan satu tugas yang tinggi dan mulia. Tugas ini menyebabkan umat ini dikurniakan dengan gelaran yang mulia iaitu sebaik-baik umat.

Maksud sebenar daripada ciptaan dunia ini adalah supaya manusia mengenali zat Allah swt yang Maha Esa dan sifat-sifatNya. Maksud tersebut tidak mungkin akan tercapai sehinggalah keturunan manusia dibersihkan daripada segala kekotoran dan kekejian, kemudian dihiasi dengan kebaikan dan keelokan. Untuk maksud inilah ribuan nabi dan rasul telah diutuskan oleh Allah swt. Akhirnya untuk menyempurnakan maksud tersebut, Saiyyidul-Anbia Wal-Mursalin, nabi Muhammad saw telah diutuskan dan berita gembira telah diperdengarkan seperti firman Allah swt di bawah ini :

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu dan Aku telah reda bahawa Islam itu menjadi agama untuk kamu." (al-Maidah : 3)

Jadi, oleh kerana maksud tersebut telah disempurnakan, setiap kebaikan dan keburukan juga telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya serta peraturan hidup yang lengkap diberikan kepada kita maka salasiah kenabian dan kerasulan telah ditamatkan. Sehubungan dengan itu, tugas yang dahulunya dilaksanakan oleh para rasul dan nabi telah diserahkan kepada umat Muhammad saw sehingga ke hari kiamat. Firman Allah swt :

"Kamu (wahai umat Muhamad) adalah sebaik-baik umat yang telah dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)." (Ali-Imran : 110)

"Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya." (Ali Imran : 104)

Dalam ayat yang pertama di atas, telah dinyatakan bahawa kedudukan kemu sebagai sebaik-baik umat adalah kerana kamu menyuruh berbuat baik dan mencegah daripada keburukan. Dalam ayat kedua pula telah dinyakan dengan secara khusus bahawa kejayaan dan kebaikan hanya untuk orang yg melakukan kerja ini (amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar).
Bukan setakat itu sahaja, malahan di tempat2 lain daripada al Quran dinyatakan dengan jelas bahawa tidak menjalankan kerja tersbutlah menjadi punca kelaknatan dan kemurkaan Allah swt seperti firmanNya:

"Orang kafir Yahudi daripada Bani Israil telah dilaknat (dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam a.s. Justeru, mereka derhaka dan selalu menceroboh. Mereka tidak saling melarang (sesama sendiri) terhadap perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruk perkara yang mereka telah lakukan." (al-Maidah : 78 & 79)

Kesimpulannya,
usaha amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar adalah satu rukun agama yang besar. Malahan, setiap bahagian daripada agama ada kaitan dengannya. Justeru, untuk menyempurnakan tugas tersebut Allah swt telah mengutuskan kesemua nabi dan rasul a.s. Sekiranya tugas amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar tidak diberi perhatian dan ditinggalkan terus dari segi ilmu dan amalan maka nubuwah (kenabian) tidak akan berguna lagi. Kesan daripada itu, sifat amanah, yang menjadi sifat utama kemuliaan manusia akan pupus dan binasa, sifat malas (untuk beribadat) akan tersebar, jalan2 kesesatan dan penyelewengan akan terbuka luas, kejahilan akan berleluasa di alam ini, semua urusan akan mengalami kerosakan, perpecahan antara satu sama lain akan berlaku, masyarakat akan rosak dan makhluk keseluruhannya akan binasa.

Sungguh menyedihkan, bahaya yang difikirkan itu sekarang sudah nyata berada di hadapan kita.

Dan hari ini...
Tugas kenabian ini telah dipertanggungjawabkan kepada kita selaku umat nabi. Kitalah diamanahkan untuk menyambung kerja-kerja amr-bil-ma'ruf dan nahi-'anil-mungkar. Dan disinilah terletaknya kemuliaan kita selaku umat yang terbaik.

Persoalannya...
bagaimanakah kita perlu menjalankan kerja ini? Allah swt telah turunkan Al Quran dan Nabi Muhammad saw telah menunjukkan jalan untuk penyempurnaan amalan al Quran.

Justeru itu, untuk menjalankan kerja ini juga, kita kena melihat bagaimana Nabi menjalankan kerja tersebut. Di sinilah terletaknya kejayaan.

Kerja ini perlu dijalankan di cara yang ditunjukkan oleh nabi saw, bukan dengan menggunkan akal kita sendiri kerana akal kita tidak mampu unutk menjalankan kerja yang begitu mulia ini.....

Hasil daripada usaha fikir dan risau Maulana Elyas di benua India sekitar tahun 1920-an, beliau telah bangunkan satu usaha yang mirip2 kerja dakwah yang dilakukan oleh nabi dan para sahabat, iaitu dengan membuat pengorbanan harta, diri dan masa untuk berada di jalan Allah swt.

Natijah daripada usaha beliau..hari ini, kita lihat di seluruh pelusuk dunia jemaah2-jemaah bertebaran untuk membuat usaha dakwah dan tabligh.

Atas maksud itulah, insyaAllah aku akan turut keluar..... doa untuk seluruh ummat...insyaAllah


10 comments:

ahlia azharjaafar said...

Salam Ahliah TaminDari,

Smuga Allah pelihara dan mudahkan urusan anda sekeluarga. Doa utk sy dan hidayat seluruh alam. Amin

UmmuNurul said...

salam ahliah azharjaafar,

Jazakallah. Fikir dan doa saudari menjadi fikir dan doa saya...insyaallah semoga Allah lunaskan segala yang tertahan... bereskan segala yang terkandas..Amin

Yard said...

Subhanallah
tuan..doakan usaha kat sini semakin kuat..

"Para sahabat menjungjung akhirat, dunia dia bimbit.. jika akhirat goyah..dunia dilepaskan..pegang akhirat.. tp kita skang.. dunia kat junjung..akhirat kita bimbit.. dunia goyah(sakit,xde duit and etc).. akhirat dilepaskan"

minta izin link

DAKWAH YEOP said...

"Justeru itu, untuk menjalankan kerja ini juga, kita kena melihat bagaimana Nabi menjalankan kerja tersebut. Di sinilah terletaknya kejayaan".

Isunya ialah;
1) adakah saudara mengikut petunjuk nabi dalam berdakwah? al-aqrab fal aqrab...anak beranak dan keluarga dulu baru yang jauh.

2) adakah mesti keluar 40 hari? nabi dan para sahabat tak tentukan pun. kalau takdir masa hari yang ke 20 anak anda sakit tenat, tidak boleh balikkah? anda wajib balik kerana tanggungjwab keluarga adalah fardhu ain kpd anda bukan org lain. adapun dakwah (amr makruf) ianya adalah fardhu kifayah.

3) dlm dakwah saudara hanya dibolehkan berdakwah dgn ilmu yang pastinya berlandaskan al-quran dan sunnah nabi. bukan al-quran semata2 dan tafsiran mengikut akal manusia. so, agak2 sudah cukupkah ilmu syara' kerana tempoh 40 hari adalah panjang.

4) dlm dakwah nabi, keutamaan adalah diberikan kpd akidah dan tauhid kemudian solat dan seterusnya. adakah manhaj Nabi dlm soal ini di ikut?

5) saya hargai semangat juang anda, tetapi harus di ingat, perjuangan tanpa ilmu boleh membawa padah. perjuangan yang jauh daripada petunjuk nabi adalah penyimpangan. harap saudara memahami feqh aulawiyat. semoga kita semua sukses dunia akhirat amin.

hainur hapis said...

http://blogkarkun.blogspot.com/

sekolah atap genting said...

Salam,
to bro Dakwah Yeop,
apa la punya soalan...ngaji tinggi2..masih ada lagi di zaman punya fikiran sempit macam tu...celek la mata sikit si Yeop oiii...selamat jaga amal.

GAGA said...

Salam, saya setuju dengan bro DAKWAH YEOP. Kita kena ingat 2 perkara penting.

1) SunnahtuAllah
2) SyariahtuAllah

umat Islam mesti kuasai kedua2 untuk mendapat kejayaan di duina dan akhirat.

So, if keluar 40 hari tapi tade ilmu dunia.. tak jadi jugakk.. and if ade ilmu dunia tapi tade ilmu akhiat... tak jadi jugak... so fikir2 kan lah.. rezeki tak kan turun dari langit directly utk org2 macam kita ni...

bukan tabligh said...

Saya bukan orang Tabligh, tapi saya berikan komen berdasarkan pemerhatian saya terhadap rakan-rakan di pejabat dan jiran:

1) Saya lihat ramai orang Tabligh di tempat saya yang anak-anak mereka adalah hafiz dan hafizah. Mereka bukan sekadar sibuk dakwah orang lain tetapi anak dan isteri mereka tidak dilupakan.

2) Tidak semestinya keluar 40 hari. Mereka juga keluar 4 bulan, 6 bulan, setahun pun boleh.

3) Orang Tabligh memang berdakwah dengan al-quran dan tafsiran mereka bukan calang-calang. Tafsiran mereka merujuk sumber asal daripada para Sahabat.

4) Mereka memang mengikuti manhaj nabi dlm soal ini. Keutamaan memang kepada akidah dan tauhid kemudian solat dan seterusnya.

5) Perjuangan mereka memang berlandaskan ilmu, bukan difikirkan sendiri berasaskan nafsu.

Anonymous said...

kalau tak tahu dan tak kenal, tak adillah kalo nk komen.. kalau nk kenal n tahu.. cuba join sekali tengok..smpai kenal baru tahu.. kenapa nk pertikai kalo org buat bende baik?

kita hanya memandang dgn pandangan biasa, tapi siapa seseorang itu pd pandangan Allah kita tak tahu.
Agama & iman bukan sekadar menghafal istilah2 itu dan ini.. tapi akidah tauhid kpd Allah yang utama.

wallahua'lam.-sekadar pandangan seorang yg jahil

Anonymous said...

Allah Taala belaka....

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails