Monday, June 21, 2010

Janggut, Kopiah, Tudung, Purdah dan Suasana


Gambar Hiasan :
pompuan depan tu tertunduk malu.....


KES 1:

Aku ngan family pergi makan kat salah sebuah restoran terkenal kat Ipoh. Mula-mula masuk kedengaran lagu Rock XPDC (hentian perjalanan) diputarkan agak kuat jugak. Bila aku yang berjangggut dan berkopiah serta isteri yang berpurdah dan anak2 yang bertudung duduk jer dan minta order.... tak lama lepas tu, pekerja kedai tu tukarkan lagu dari lagu Rock kepada lagu Nasyid (Rabbani - Pergi tak kembali).... sepanjang aku makan kat situ, dari satu lagu ke satu lagu nasyid dimainkan.

wife aku tanya kat aku..."dorang ni tukar lagu nasyid sebab kita ada kat sini ke?"
aku jawab..."ntah...". Untuk memastikan adakah kerana kami di situ yang menyebabkan mereka tukar kepada lagu nasyid.... setelah selesai makan, dan membuat pembayaran kami pun pergi...beberapa minit kemudian...aku sajer jer balik semula ke kedai tu...saja buat2 lalu kat situ...aku dengar kedai tu mainkan semula lagu XPDC.....wakakakaka.. Confirm sebab kami kat situ tadi dorang pasangkan lagu nasyid....

KES 2 :

Beberapa bulan yang lalu, hari sabtu cuti sekolah. Wife ngan anak2 ajak aku pergi ke Taman Rekreasi Sultan Abd Aziz (padang polo) Ipoh.... wife sajer nak jalan2 nak kuruskan badan ler tu....hehehe... so, macam biasa...aku berjanggut, berkopiah dgn wife berpurdah ngan anak2 bertudung.

Kami jalan2 ikut trek jogging... sambil memintas beberapa couple yang sedang duduk2 , tak tau ler apa yang dorang tengah buat.... Setiap kali memintas couple2 tersebut jer... tiba2 si lelaki akan bangun dan buat macam2 aktiviti utk menunjukkan yg mereka tu tak duduk rapat2.... macam orang bersalah jer gayanya...hehehehe


MORAL OF THE STORY ??????

9 comments:

n0vemBer zuLu said...

that's really nice :)

Umma-ali said...

Salam,
suasana adalah musuh kita dan senjata untuk melawannya ialah dgn 5 amal, dan amal sunnah juga perisai kita dari suasana atau godaan syaiton...syabas, Allah telah tunjukkan natijahnya kpd kita...semoga kita terus dapat taufik untuk ubah suasana.

azharjaafar said...
This comment has been removed by the author.
azharjaafar said...

lain kali bagitau kat pekerja kedai tu; "dik.. sebenarnya abang minat kt XPDC tuh.. abang bukan suka sangat nasyid2 nih.."

Yard said...

moral of the story?

dunia akan tunduk bile kita amalkan agama...

Tamindhari said...

november zulu : tq

Ummu-ali : Benarrr.. 5 amal dapat mengubah suasana diri kita dan keadaan sekeliling. Nak istiqamah 5 amal tu yg mujahadahnya...

Azhar : aku cadang nak bagitau macam tu jugak, nak suruh dia pasang lagu 'aku dan sesuatu'...

Yard : benarrr...

Peluncur Islam said...

wujudkan suasana agama... jika tidak, suasana yg batil akan menguasai kita dan umat...

jgn terkesan dengan suasana...

Hideossle said...

amalan mempengaruhi suasana

farahiya said...

Bagaimana kalau niqabis ni berjoging...adakah org sekitar pandang serong sebab berlari2 dlm berpurdah?

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails