(Sebuah kisah yang terjadi di Negara India.)
Seorang pemuda telah menaiki keretapi, perjalanan dari New Delhi untuk menuju ke Madras. Maksud permuda tersebut menaiki keretapi ialah untuk sampai ke Madras. Perjalanan dari Delhi ke Madras memakan masa selama 3 hari 3 malan. Sewaktu itu, musim sejuk. Dalam perjalanan ke Madras, keretapi akan berhenti seketika di beberapa buah stesyen untuk membolehkan keretapi dan penumpang rehat seketika.
Diwaktu pagi, dalam cuaca yang sangat sejuk, dalam perjalanan yang amat jauh, bila keretapi berhenti untuk rehat, minum segelas teh panas (dalam bahasa urdu teh panas disebut 'garam chai') amatlah perlu untuk memanaskan badan. Ini satu keperluan. Memang satu kenikmatan bila dapat merasai 'garam chai' di musim sejuk.Apabila keretapi berhenti sahaja di satu stesyen, pemuda tersebut lekas-lekas turun dari keretapi untuk 'pekena' segelas 'garam chai'. Bila dapat sahaja menikmati segelas teh panas, alangkah nikmat dirasakan oleh pemuda itu. Dia pun minum perlahan-lahan untuk menikmati keenakan sebenar 'garam chai' dalam suasana yang amat sejuk. Dalam menikmati keenakan 'garam chai' tersebut, pemuda itu pun terleka, hingga lupa apakah maksud dia berada di stesyen itu. Berada di stesyen itu sekadar sementara untuk memenuhi satu keperluan dalam perjalanan utama untuk menuju ke Madras. 'Garam chai' adalah keperluan sedang Madras adalah maksud sebenar.
Sedang pemuda tersebut leka dalam menikmati 'garam chai', keretapi telah membunyikan sirennya menandakan akan bergerak untuk meneruskan perjalanan ke Madras. 'Garam chai' masih belum habis lagi, masih berbaki separuh gelas lagi. Dalam pemikiran pemuda itu, jika ditinggalkan garam chai tersebut, alangkah begitu rugi dirasakannya kerana meninggalkan satu kenikmatan yang sukar diperolehi iaitu pekena garam chai di waktu sejuk sebegitu. Namun itu sekadar satu keperluan. Jika kenikmatan satu keperluan itu sahaja diutamakan, keretapi akan berlalu pergi, maka maksud utama akan ditinggalkan dan tak tercapailah impian untuk pergi ke Madras.
Di saat itu, pemuda tersebut hanya ada dua pilihan sahaja. Meninggalkan keperluan yang begitu mengasyikkan untuk pergi menuju kepada maksud sebenar perjalanan, atau mengutamakan keperluan yang nikmatnya seketika sahaja dengan meninggalkan maksud utama perjalanan.
Jika anda menjadi pemuda tersebut, mana satu keputusan yang akan anda buat? Adakah anda akan terus leka menikmati segelas teh panas (sekadar satu keperluan) atau meninggalkan teh yang panas dan menuju pada maksud utama perjalanan untuk menuju ke Madras. Lu pikir ler sendiri!
Moral of the story....
Maksud sebenar kita dihantar ke dunia ini adalah sekadar musafir untuk menuju ke kampung akhirat. Kampung kita yang sebenar adalah akhirat. Akhirat dan kehidupan serta kenikmatan di syurga adalah maksud sebenar. Sedang dunia ini adalah sekadar satu persinggahan sementara dan di sini kita memerlukan beberapa keperluan. Sememangnya, syariat menetapkan semasa di dunia ini, kita memerlukan beberapa keperluan... harta, kedudukan, pekerjaan, anak-isteri dan bermacam-macam lagi ini adalah sekadar satu keperluan. Tidak boleh tidak, kita semua perlu pada keperluan semasa di dunia. Kerana ini satu ketetapan syariat. Namun, janganlah kerana terkesan dengan nikmat keperluan-keperluan yang sementara ini, hingga kita terlupa apakah maksud utama sebenar kita berada di dunia hari ini.
Firman Allah swt : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). " (At-Taubah ayat ke-24)

4 comments:
ASSALAMUALAIKUM...Kalau saya jadi pemuda tu..saya minta orang kedai tu bungkus teh yang belum habis..jadi dua- dua dapat... menikmati garam chai dan naik keretapi...
kesimpulannya..dalam hidup ni, kita kena jadi "smart" supaya tak terlepas dua-dua...
Wsalam. Setuju ngan kak Ros. Dengan kata lain, gunakan keperluan untuk capai maksud kehidupan. Dunia dijinjing, akhirat dijunjung. Ada ketika, kita perlu lepaskan seketika apa yang kita jinjing, supaya tak terlepas apa yang dijunjung.
Wahh subhanallah. =D betul2,sy pun setuju. Hehe
Salam ukhwah
ank_ayah, tq.
Post a Comment