Sunday, January 2, 2011

Karkuzari (laporan) Khuruj 40 hari di sekitar WP Labuan

Dengan izin Allah SWT, satu jemaah telah dapat dibentuk yang terdiri dari 11 orang Rakan Seusaha di sekitar Markas Ipoh telah membuat usaha agama (khuruj fisabilillah) di sekitar Wilayah Perseketuan Labuan.
Jemaah telah dibentuk di Masjid Bandar Baru Sri Petaling dan diberi Bayan Hidayat pada 22/11/2010 dan mula bertolak ke WP Labuan pada 23/11/2010. Jemaah telah tiba di markas Labuan (Batu Arang) sekitar jam 11 tengah hari dengan disambut oleh beberapa orang rakan seusaha semasa tiba di Lapangan Terbang Labuan.

Di Markas Labuan, kami telah mendapat karkuzari dan sedikit takruf tentang usaha agama di Labuan oleh Syura Labuan. Kami membuat usaha selama dua hari di Markas Batu Arang Labuan. Seterusnya jemaah telah membuat usaha agama di sekitar 14 Masjid / Surau sekitar Labuan iaitu :

  1. Kg Rancha-Rancha Darat (25-27 Nov)
  2. Kg Patau-Patau 1 (28 -30 Nov )
  3. Kg Saguking (1-2 Dis )
  4. Kg Muslim (3 - 4 Dis)
  5. Kg Sebor (5 - 6 Dis )
  6. Kg Bajau Bugis (7 - 9)
  7. Kg Patau-Patau 2 (10 - 11 Dis)
  8. Pulau Daat (12 - 14 Dis )
  9. Kg Gelam (15 - 17 Dis )
  10. Taman Mutiara (18 - 20 Dis)
  11. Kg. Sg. Lada (21-23 Dis)
  12. Kg Batu Arang (24-25 Dis)
  13. Kg Lajau (26-27)
  14. 28 Dis 2010 Flight Balik semula ke KLIA
Semoga Allah swt terima pengorbanan yang sedikit ini dan dijadikan asbab tersebarnya hidayat untuk seluruh ummat. Amin.



Semasa menuruni bukit untuk ke Kg Muslim

Sekitar Kg Saguking (perkampungan atas air)
(Jemaah bermuzakaraah dengan orang muda di Kg Saguking)

(keadaan tandas di Kg Muslim)
Surau Kg Sebor

(mengumpulkan pelajar2 Matrikulasi Labuan di Markas Batu Arang)

(jemaah menunggu bot untuk pindah kg seterusnya)

(amalan ziarah rumah ke rumah)

5 comments:

Peluncur Islam said...

salam... alhamdulillah... bagus karkuzari..

cuma ana nak tmbah...
kalau boleh ceritalah sedikit sebanyak pengisian yg boleh kita jadikan pengajaran...

:)

jazakallah

Anonymous said...

Jemaah telah dibentuk di Masjid Bandar Baru Sri Petaling dan diberi Bayan Hidayat pada 22/11/2011 dan mula bertolak ke WP Labuan pada 23/11/2011.

ni jemaah dah bentuk ker blom ni??

Tamindhari said...

maaf, ada kesilapan bukan 2011 tapi 2010. Telah dibetulkan. Terima kasih kerana prihatin. :)

Anonymous said...

umat di marhalah kg kilan pulau akar w.p labuan kini mnderita.. bantulah kmi Ya Allah...

Anonymous said...

umat di marhalah kg kilan pulau akar w.p labuan kini mnderita.. bantulah kmi Ya Allah... hantarlah jemaah kesini.. amin...

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails