Thursday, July 16, 2009

Satu Catatan Untuk Rakan Seusaha

Sesuatu yang perlu difikir bersama oleh rakan-rakan yang membuat usaha agama.

(karkuzari ini saya dengar dari salah seorang jemaah taskil Seri Petaling)

Sebelum ijtimak Malaysia diadakan, Maulana Shauqat Ali telah datang ke Malaysia bersama jemaahnya untuk keluar 40 hari. Jemaah ini dihantar khas untuk persiapan ijtima'. Jemaah ini telah pergi ke setiap markas-markas di seluruh Malaysia, memberi targhib dan zihin agar semua rakan seusaha di seluruh Malaysia faham maksud sebenar ijtima' diadakan.

Rakan seusaha perlu tingkatkan pengorbanan, amal masjid perlu ditingkatkan agar dapat dibentuk jemaah-jemaah yang banyak untuk keluar di jalan Allah sebelum dan selepas ijtima' diadakan.

Pada hari khamis hari bermulanya istima', Maulana Shauqat Ali telah berjumpa dengan Maulana Zubir dan Maulana Saad dalam suasana pilu, dengan tangisan beliau telah salam mencium tangan dan mencium dahi maulana Zubir, lalu beliau katakan beliau gagal dalam usaha selama 40hari di Malaysia. Usaha untuk mengeluarkan jemaah sebelum dan selepas ijtima' tidak tercapai seperti mana yang diharapkan.

Pada hari ahad(hari penutup ijtima'), selepas bayan hidayat jemaah yang dapat dibentuk hanya 228 jemaah sahaja.
2 jemaah setahun, 48 jemaah 4bulan dan selebihnya jemaah 40 hari.
Difahamkan, selepas itu, hingga hari selasa masih ada beberapa jemaah lagi yang dapat dibentuk.

Sedangkan, target yang kita berikan pada eldest di Nizamuddin kita akan usaha agar dapat dibentuk lebih 1000 jemaah....

Memetik kata-kata Haji Abdul Wahab (Bai Wahab), hari ini kita semua kena banyakkan istighfar (istighfar Nabi Yunus semasa dalam perut ikan Nun) kerana saya telah cuai dalam usaha ini.

Kita boleh berbangga dengan kehadiran yang di luar jangkaan (target paling ramai pun 100 ribu, tetapi kehadiran 200 ribu). Kita juga boleh berbangga kerana suasana prasarana amat memuaskan, Khemah dan tandas agak selesa juga.

Kita juga boleh berbanggsa kerana ijtima' ini telah dihadiri oleh pembesar-pembesar negara dan mendapat liputan yang begitu meluas di media massa.

Namun begitu, kita kena rasa bersalah kerana maksud asal usaha ini untuk mengeluarkan jemaah yang banyak tak dapat tercapai. Hanya sekitar 10% yang hadir ijtima' keluar dijalan Allah.

Moga Allah s.w.t ampunkan saya yang tidak dapat sambut takaza untuk keluar di jalan Allah apabila di taskil semasa ijtima' tersebut.



7 comments:

azharjaafar said...

InsyaAllah kita syukur atas nikmat Allah, Allah akan tambah nikmat pada kita.

Mat Khairil Bin Mohamed said...

insyaAllah..

Mat Khairil Bin Mohamed said...

rasa sedih juga ana sndiri tidak dpt keluar ketika tu.. kita ni masih main-main dlm kerja dakwah.. ampunkanlah dosa kami Ya Allah..

Ummi said...

Perlu rasa sedih atas pencapaian jemaah yang dapat di keluarkan. Dalam usaha agama tidak boleh merasa puas hati dan harus di risau lagi dan lagi..Sememangnya perlu di tumpu pada kualiti, bukan kuantiti. Nampaknya kenalah lebih bertawajuh pada Allah agar kita di pilih untuk sebenar-benarnya buat usaha agama..bukannya kartun tapi karkun..Insya Allah..

Anonymous said...

Salam...sabar...

Reza said...

salam.. Reza ni.. Ni yg saya punya aritu..

http://www.youtube.com/watch?v=Sy5MFcPUOGk

zarzh said...

Selamat Hari Raya saya ucapkan, taqabbal minna wa minkum wa jamian muslimin, semoga diterima segala amalan kita....maaf zahir dan batin.

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails