Saturday, June 26, 2010

Zon Selesa 1 : Dialog Anak Unta Bersama Ibu Unta




Seekor anak unta telah bertanya 3 soalan kepada ibunya.

Soalan 1 :
Kenapa bulu mata kita ni panjang...tak lawa.
Jawab si ibu unta, unta tinggal di Padang Pasir, banyak pasir berterbangan, jadi Allah swt beri bulu mata ni panjang supaya bulu mata ni boleh jadi penghalang daripada pasir masuk ke dalam mata. Bulu mata unta ni saling kait seperti perangkap dan melindungi matanya dari badai pasir yang kuat. Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.

Soalan 2 :
Kenapa bonggol kita tinggi sangat, kan tak lawa tu.....
Jawab si ibu unta, unta ni tinggal di tengah padang pasir... sukar nak dapat bekalan air dan makanan, jadi Allah swt jadikan bonggol ni tinggi dan besar supaya dapat menyimpan air sebagai bekalan kita dalam perjalanan. Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.

Soalan 3 :
Kenapa kulit kaki kita tebal dan tapak kaki kita besar tak lawa ....tak macam kaki kuda...
Jawan si ibu unta, unta ni tinggal di padang pasir. Dengan kulit yang tebal dan tapak kaki yang besar membantu unta berjalan di padang pasir dengan mudah tanpa terperosok. Selain tu, kulit tebal di bawah telapak kaki merupakan perlindungan terhadap pasir yang membakar.
Begitulah nikmat kejadian Allah swt. Anak unta mengangguk tanda faham.


Apabila ketiga-tiga soalan ini telah dijawab oleh ibu unta, anak unta ini bertanya lagi pada ibunya....."ibu, Allah swt telah beri tiga kelebihan atau nikmat ini pada kita...
tetapi kenapa kita tak dapat rasai nikmatnya?????????????"
Siibu unta terdiam seketika...dan dengan suara yang perlahan, ibu unta menjawab..."kita tak dapat rasai ketiga2 ni sebagai satu nikmat sebab kita tinggal dalam zoo........ sekiranya kita tingga di luar zoo.... barulah kita tahu betapa bulu mata yang panjang, bonggol yang besar dan kaki yang luas ni satu nikmat....." sambung si ibu unta lagi...." kita tinggal di dalam zoo....kita berada dalam zon selesa.... bila berada dalam zon selesa, kita lupa hargai apa yang kita ada...huhuhuhuhu


MORAL OF THE STORY ??????

5 comments:

Anonymous said...

Menarik. Membawa kita berfikir sesuatu.

musa said...
This comment has been removed by the author.
musa said...

Asmkum, Sebut pasal selesa ni, kucing peliharaan kita yang biasa makan makanan dalam tin, tidur pula atas tilam, jika tikus lalu dihadapannya pun dia buka sebelah mata aje kemudian pejam semula, ia jadi malas dah nak tangkap tikus, manusia kalau sudah kenyang pun malas dah nak berusaha, begitulah manusia jika dia dah solat, haji puasa zakat dan anak2nya pun alhamdulillah pun bagus, sudah dapat kerja besar, maka dia sangka dia tak perlu berusaha untuk ajak orang lain utk taat perintah allah apalagi untuk korban diri dan harta dijalan allah swt, macam sayalah juga malas nak buat dkwah, moga allah ampun dosa saya

nz said...

..zon selesa.......

mmmm..

Umma-ali said...

Salam,
Dialog menarik...
Menarik fikir kita...
Zon selesa saya kat umahlaa...sukati bila nak masak bila nak tidur bila nak lepak bila nak kemas bila xnk kemas...
tapi zon tak selesa bila kuar jln Allah, sentiasa ada program dari celikmata sampai tutup lampu, tutup mulut, tutup mata...haha, yg kedua tu syusyah mau tutup...nak bersembang je kerjanya...mulalah tahajjud tersengguk2...
tapi bila dah selalu kuar jln Allah, zon tu jadi special wpun tak selesa...Rahmat dari Allah, sapa tak caya cubalaa...

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails