Saat ini, dua parti politik utama melayu/Islam (PAS dan UMNO) sedang hebat bertarung untuk mendapatkan kuasa/pemerintahan di Kuala Terengganu. Kedua-dua dengan ideologi dan fahaman masing-masing.
Pas yang mendakwa Islam sebagai landasan perjuangannya, berjuang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan kerana mendakwa dengan kuasa pemerintahan inilah nanti undang-undang Islam dapat ditegakkan. Hukum Hudud dapat dijalankan. Seterusnya matlamat PAS untuk menyebarkan syiar Islam dapat dilakukan dengan mudah di bumi Malaysia.
UMNO pula yang mendakwa kedaulatan Melayu sebagai landasan perjuangannya, berjuang untuk mendapatkan kuasa pemerintahan mendakwa dengan kuasa pemerintahan inilah kedaulatan Melayu dapat dipertahankan, Melayu itu Islam maka secara tidak langsung Islam juga dapat dipertahankan di bumi Malaysia.
Kedua parti ini telah bertarung agak lama. Bermacam-macam cacian, kafir mengkafir, fitnah memfitnah berlaku. Kedua-dua mendakwa berjuang untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.
Sekira benarlah kuasa dan pemerintahan atau apabila kita mendapat sebuah kerajaa, baru agama Islam dapat disebarkan, rasanya pastilah semasa 13 tahun di kota Mekah, nabi mulakan usaha dakwah dengan mendapatkan pemerintahan dahulu. Sebaliknya, nabi pernah ditawarkan jawatan pembesar, namun nabi tetap menolaknya. Kerana, itu bukan methodologinya.
Allah swt telah mengutuskan Nabi Musa as di zaman pemerintahan Firaun. Sekiranya benarlah kuasa dan pemerintahan itu asbab untuk agama tersebar, pastilah usaha pertama yang Nabi Musa as lakukan ialah menjatuhkan pemerintahan atau kerajaan Firaun. Sebaliknya, Nabi Musa tidak pun melakukan usaha menjatuhkan kerajaan Firaun, sebaliknya hanya mendakwahkan Firaun supaya beriman kepada Allah swt.
Begitu juga, Allah swt utuskan Nabi Ibrahim as di zaman pemerintahan Namrud. Sekiranya benarlah kuasa dan pemerintahan itu asbab untuk agama tersebar, pastilah usaha pertama yang Nabi Ibrahim as lakukan ialah menjatuhkan pemerintahan atau kerajaan Namrud. Tetapi tidak sama sekali, Nabi Ibrahim hanya usaha membawa Namrud supaya kenal akan penciptanya.
124 ribu (hanya Allah mengetahui) ambia as yang Allah utuskan ke muka alam ini, tidak ada satu pun nabi yang lakukan usaha untuk mendapatkan pemerintahan. Tiada nabi yang menjadikan kerajaan sebagai asbab untuk menyebarkan Agama Allah swt.
Nabi Sulaiman as mempunyai kerajaan yang besar, tetapi Nabi Sulaiman as tidak berusaha mendapatkan pemerintahan tersebut, sebaliknya Allah swt yang memberi pemerintahan/kerajaan kepada Nabi Sulaiman as.
Begitu juga, Nabi Yusuf as yang pernah menjadi menteri juga tidak berusaha mendapatkan jawatan menteri, sebaliknya jawatan tersebut yang datang kepada Nabi Yusuf as. Kita boleh rujuk Al Quran dan menapatkan kisah-kisah ini.
Justeru itu, dimanakah dalil yang menjadi keyakinan ummat hari ini, yang mendakwa bahawa hanya dengan kuasa pemerintahan baru agama dapat ditegakkan di muka bumi ini?
Mungkin ada yang mendakwa, nabi menubuhkan kerajaan Islam pertama di bumi Madinah dan di sambung oleh para sahabat r.hum. Soalanya sekarang, kita kaji pula sejarah, adakah nabi yang berusaha mendapatkan kerajaan atau kerajaan itu sendiri yang datang kepada nabi dan para sahabat?
Perlu diingat, Nabi tidak pernah menjatuhkan mana-mana kerajaan, Nabi dan para sahabat hanya membawa ummat ini supaya mengenali Allah swt, mengingati kehidupan akhirat, dan menukar fikir manusia daripada fikir dunia yang sempit kepada akhirat yang luas. Natijah daripada usaha nabi dan sahabat ini, iman manusia terbentuk dan akhirnya apabila iman ummat ini sempurna, nusrah/bantuan Allah datang dan pemerintahan jatuh di bawah tapak kaki para sahabat.
Sekarang kita lihat apakah asas perjuangan nabi untuk menegakkan ISLAM.

- Perjungan nabi bukan sekadar untuk sebuah negara, sebaliknya untuk seluruh umat hingga hari kiamat.
- Perjuangan nabi ialah untuk mengenalkan manusia kepada penciptanya.
- Perjuangan nabi supaya manusia sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah.
- Perjuangan nabi tidak mencari musuh, tidak mencari dan menyebarkan aib orang, sentiasa melihat kebaikan orang lain, tidak mencaci dan mencerca.
- Perjuangan nabi dengan mengorbankan diri, harta dan masa untuk agama Allah tanpa memikirkan manafaat dunia.
- Perjuangan nabi hanya memikirkan bagaimana seluruh ummat hinggakan bayi yang terakhir sebelum kiamat dapat diselamatkan dari azab neraka dan memasuki syurga Allah.
Perjuangan inilah yang nabi ajar dan disambung oleh para sahabat r.hum. Sekarang kita renung, apakah perjuangan kita yang sebenar?
Adakah untuk sebuah negara atau untuk seluruh ummat?
Allah Maha Mengetahui.
11 comments:
Salam bro,
Setuju dengan pandangan bro.
salam...
saya baca dan saya faham apa yang saudara cuba nyatakan, akan tetapi cuba saudara fikirkan komen saya nanti...begini di dahului...
1. Nabi SAW berhijrah ke Madinah kerana tekanan oleh kuasa yang memerintah di sana.
2. Di Madinah Nabi SAW membuat perjanjian dgn penduduk yang bukan Islam bahawa mereka perlu mempertahankan satu sama lain. Hatta tertubuhnya Piagam Madinah. Yang menggariskan carta sebuah pemerintahan berlandaskan Islam yang Nabi SAW rumuskan.
3. Di Madinah, Nabi SAW dapat menjalankan kerja2 dakwah dengan lebih berkesan tanpa tekanan oleh golongan yang melawannya.
Cuba saudara fikir sejenak...
1. Nabi SAW dulu memang ditawarkan jawatan pembesar, akan tetapi oleh golongan mana? Golongan kafir, betul kan? Sememangnya Nabi SAW menolak, kerana apa perlu kepada jawatan itu bilamana Allah SWT telah menjanjikan sesuatu yang lebih lagi. Betul?
2. Di Madinah Nabi SAW secara dasarnya mendirikan sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam di sana. Bilamana Islam menjadi landasan sesuatu negara, maka kebajikan di bawahnya akan lebih terjamin. Tetapi yang sebaliknya berlaku sekarang, sejak selepas 400 tahun pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin, orang Islam yang memerintah itu sudah tidak mengikut apa yang diajarkan Nabi SAW. Kemewahan menyelubungi mereka, rasuah melanda. Akan tetapi mereka masih lagi Islam. Ini berlaku bilamana mereka alpa.
3. Apa yang berlaku sekarang dalam senario politik hari ini di Malaysia, adalah sedemikian. Mereka sudah alpa. Bilamana mereka alpa, walaupun mereka Islam, maka mereka mula menidakkan hukum2 Allah, hukum2 mereka lebih didahulukan. Bilamana mereka berkuasa, mereka menekan golongan yang cuba untuk menjadikan hukum Islam itu sebagai landasan hidup. Oleh kerana itu, memandangkan senario sekarang, maka adalah perlu "kuasa pemerintahan" itu ada di tangan orang-orang ini yang mahu menjadikan Islam sebagai landasan hidup kerana golongan yang sekarang berkuasa, sudah terlampau alpa.
4. Oleh itu, bagi saya...memandangkan situasi sekarang, dengan kealpaan, kelemahan kuasa yang memerintah, maka adalah perlu mereka disingkirkan dan diganti dengan orang-orang yang mahu menegakkan Islam sebagai landasan kepada kehidupan. Akan tetapi, iman itu adalah kunci kepada segalanya. Sudah terbukti selama 51 tahun, walaupun bernama Islam, tanpa iman yang utuh di dalam diri, masih lagi tidak boleh menolak rasuah yang mendatang. Amat menyedihkan bilamana kita melihat umat yang bernama Islam itu sendiri menolak perjuangan untuk menjadikan Islam sebagai landasan hidup.
Sekian. Salam.
Salam...
SUKJ, tq sebab setuju dengan padangan saya.
Garden, saya hargai pandangan tuan. Saya akui apa yang tuan perkatan itu benar belaka. Cuma mungkin pemahaman kita ada sedikit perbezaan. Saya jawab bukan bererti saya ingin tidak menyetujui tuan, sebaliknya untuk menyatakan pandangan saya pula.
tuan mengatakan :
1. Nabi SAW berhijrah ke Madinah kerana tekanan oleh kuasa yang memerintah di sana.
Pandangan saya :
Nabi SAW berhijrah ke Madinah kerana adanya PERINTAH Allah SWT bukan kerana tekanan. Nabi tidak gentar dengan tekanan, sebaliknya Nabi sentiasa menunggu apakah perintah Allah SWT untuk dilakukan apabila berlaku sesuatu musibah.
Tuan Mengatakan:
2. Di Madinah Nabi SAW membuat perjanjian dgn penduduk yang bukan Islam bahawa mereka perlu mempertahankan satu sama lain. Hatta tertubuhnya Piagam Madinah. Yang menggariskan carta sebuah pemerintahan berlandaskan Islam yang Nabi SAW rumuskan.
Pandangan Saya :
Saya menyetujui pandangan saudara, cuma ingin saya tambah... Perkara pertama yang nabi lakukan setiba di Madinah ialah membina/membangunkan Masjid. Dan Nabi hidupkan AMAL di Masjid Nabawi dengan amalan DAKWAH, TAKLEM (belajar dan mengajar), IBADAT dan KHIDMAT. Dengan amalan-amalan yang hidup di masjid nabawi inilah, iman sahabat terbina. Apabila agama tersebar, iman sabahat terbina, natijahnya, Piagam Madinah tercipta.
"carta sebuah pemerintahan berlandaskan Islam yang Nabi SAW rumuskan" yang tuan nyatakan di sini dapat dijalankan apabila iman sahabat begitu kuat dan dapat menerima dengan begitu yakin sekali.
Tuan mengatakan :
3. Di Madinah, Nabi SAW dapat menjalankan kerja2 dakwah dengan lebih berkesan tanpa tekanan oleh golongan yang melawannya.
Pandangan saya :
Benar... kerja2 Dakwah di Madinah lebih mudah tanpa tekanan, setelah Masjid Nabawi hidup dengan amalan..
Tuan meminta saya berfikir sejenak... terima kasih...
Tuan mengatakan ;
1. Nabi SAW dulu memang ditawarkan jawatan pembesar, akan tetapi oleh golongan mana? Golongan kafir, betul kan? Sememangnya Nabi SAW menolak, kerana apa perlu kepada jawatan itu bilamana Allah SWT telah menjanjikan sesuatu yang lebih lagi. Betul?
Pandangan saya,
Nabi SAW menolak bukan kerana ia datangnya dari golongan Kafir, tetapi kerana belum ada perintah Allah di waktu itu.
Tuan mengatakan :
2. Di Madinah Nabi SAW secara dasarnya mendirikan sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam di sana. Bilamana Islam menjadi landasan sesuatu negara, maka kebajikan di bawahnya akan lebih terjamin. Tetapi yang sebaliknya berlaku sekarang, sejak selepas 400 tahun pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin, orang Islam yang memerintah itu sudah tidak mengikut apa yang diajarkan Nabi SAW. Kemewahan menyelubungi mereka, rasuah melanda. Akan tetapi mereka masih lagi Islam. Ini berlaku bilamana mereka alpa.
Pandangan saya :
Benar apa yang tuan nyatakan. Cuma saya ingin menambah, di Madinah nabi usaha atas hati para sahabat. Nabi sentiasa bentukkan iman sahabat. Hari ini, orang tidak lagi mengikuti perintah Allah, kerana tiada usaha dibuat untuk membentuk iman dalam hati masyarakat.
tuan mengatakkan
...Oleh kerana itu, memandangkan senario sekarang, maka adalah perlu "kuasa pemerintahan" itu ada di tangan orang-orang ini yang mahu menjadikan Islam sebagai landasan hidup kerana...
Pandangan saya,
Saya setuju, cuma cara untuk mendapatkan "kuasa pemerintahan" itu bagaimana?
Tuan Garden...
Saya faham maksud tuan, tetapi saya minta MAAF, saya masih tidak yakin sistem demokrasi yang ada hari ini dapat menegakkan sebuah negara Islam. Mungkin pandangan saya ini mendpapat tentangan dari ramai blogger... tetapi itu pandangan saya....
SALAM..
Politik dalam Islam ke
Islam dalam politik?
Tepuk dada tanya iman.
seperti yang saya sebutkan dalam komen saya, identifier-nya adalah iman. dalam situasi demokrasi bagaimana rupa pun, bila iman kontang, islam tidak akan boleh ditegakkan.
iman adalah penghalang kepada kemungkaran.
apabia iman dapat di bentuk untuk mencapai tahap sempurna walau duduk dalam negara kafir sekalipun perintah Allah itu akan dapat di taati sepenuhnya.
mahu negara Islam?
mantapkan iman dan amal nescaya dunia akan tersungkur di kaki2 ummat Islam.
ketika itu apa halangan lagi untuk membentuk negara Islam?
kita jangan pernah lalai untuk itu(usaha memantapkan iman kita,keluarga kita dan fikir ke seluruh alam bagaimana manusia dapat sempurnakan iman mengikut kehendak Allah)
pandangan yang sangat bernas tuan.
salam khususi.
Maksud tak menghalalkan cara. Maksud yang baik, cara juga kena baik. Maksud yang betul, cara juga kena betul.
Tak boleh maksud Islam tapi cara Yahudi/Nasrani iaitu nak berjaya perlu KUASA, HARTA, SENJATA, MAJORITI dsb. ISlam tak pernah menang dengan itu.
Islam menang bila Allah bersama orang Islam. Allah bersama orang Islam bila amal orang Islam betul. Amal orang Islam betul bila iman orang Islma betul. Iman orang Islam betul bila hari-hari cakap selain Allah spt KUASA, HARTA, SENJATA, MAJORITI tak boleh buat apa. Allah buat semua.
Laailahaillallah.
Garden,
-sememangna imanlah yang akan menyelamatkan ummat ini. Saya minta maaf, saya tetap dengan prinsip saya, sistem demokrasi yang ada hari ini (sistem berjuang melalui parti) bukan cara untuk kita menegakkan dan menyebarkan Islam.
Pun begitu, you are my brother...
To Azharjaafar n Tujuh Kaki,
Benarrrr kata-kata tuan. Tingkatkan pengorbanan, mulai sekarang kita kena bagi masa asar to isyak, door to door, kena usahakan semua lelaki di marhalah kita jumpa dan bentangkan kerja nabi kepada semua ummat... doa hidayat untuk semua ummat...doa untuk kejayaan ijtima'...Aminn
salam,
sbnarnya ramai di kalangan kita yg dah salah faham.. termasuklah saya sendiri.. apa yg ulama2 suruh buat kita x buat.. kalu buat pun buat main2 atau langsung x buat.. perkara2 yg ditegah kita x peduli.. atau dlm kata lainnya kita ni memandai2la..
dalam adab usul, 4 perkara yg kita sama sekali dilarang sentuh antaranya jangan sentuh pasal politik, tapi kita sentuh jgk.. kita buat diskusi, kita blogkan.. tindakan mcm ni seolah2 mcm kita terus menutup pintu pada golongan yg tak sama fikrah dgn kita, kita tau benda ni lah yg memecah belah, tapi kita sembangkn jgk.. kita nak buat dakwah ni bukan pd sesame karkun jer..
kalu kita ni x boleh rai usaha org lain, mcm mana diorg terima kita? silap2 nak dgr pn x nak.. sebab tu la usha dakwah kt m’sia ni x maju2.. banyak yg memandai2, bnyk sgt usul yg dilanggar..
saya rasa cakap2 mcm ni sangat x perlu la, mmg sgt2 x diperlukan.. siap letak kt blog lagi, menghambat usha dakwah lagi ada la.. buat jer kerja kita, ceritakan tentang usha dakwah kita x pe, tapi x payah la nak (nilai2) usha org lain, kalau diorg niat ikhlas allah pun akan pasti bagi ganjaran, sedangkan kita ni kalu buat tabligh pn niat x betul.. nak b'niaga, nak kawin ngan anak karkun, nak nama, nak ada kedudukan kt markaz, nak jadi syura.. sikit pn nanti allah xkan pandang..
wasalam..
Saya jemput tuan blog beri komen dlm blog ketua urusan ulama
Post a Comment