Tuesday, January 13, 2009

Bagaimana Kita Memerhati Isu Palestin

Sememangnya tiada isu yang lebih penting untuk diperkatakan pada masa ini melainkan isu Israel dan Palestin. Semua telah bersuara, bersembahyang hajat sudah, demontrasi sudah, boikot sudah, rangkaian sms sudah, pak menteri juga telah bersatu suara di dewan negara, bloggers juga tidak kurang hebatnya dengan berbagai-bagai persepsi meluahkan isi hati mengenai Israel dan Palestin.

Bagaimanakah kita melihat isu ini? Jika kita kecilkan skop memerhatikan isu ini, memang kita akan dapati isu ini ia sekadar isu politik. Konflik antara Israel, Hamas, Fatah, Mesir tidak terkecuali pembabitan ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin. Tidak dinafikan, serangan Israel ke atas bumi Gaza seolah direstui oleh Mesir yang ingin menyekat kebangkitan Hamas. Rasanya dah ramai bloggers memperincikan mengenai perkara ini.

Kerana itulah, apabila ada blogger mengatakan Palestin menjadi
"AYAM ADUAN KEPENTINGAN POLITIK ARAB", ramai yang menyetujuinya. Ini kerana kita memerhatikan isu ini dengan skop yang kecil. Kita memerhatikan Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sahaja. Kerana itulah kita dapati ia tidak lebih dari sebuah isu politik untuk mendapatkan dan mempertahankan kuasa.

Sebenarnya, isu ini kita perlu lihat dengan skop yang lebih luas. Jangan dilihat serangan ke atas Gaza sahaja, tetapi lihat serangan ke atas ummat Islam seluruhnya. Kaitkan serangan ini dengan serangan ke atas taliban di Afghanistan, isu Iraq, Bosnia, 11 September, isu Pakistan dan India serta penghinaan terhadap Islam di seluruh dunia. Semuanya seolah berjalan seiring dan seperti telah dirancang dengan rapi. Siapakah yang merancang? Siapa punya agenda dan apakah agenda tersembunyi yang sebenarnya? Inilah yang perlu kita fikirkan secara bijak tanpa dipengaruhi oleh emosi.

Satu persatu kita perhatikan isu ummat Islam mewarnai isu-isu dunia. Umat Islam terus menerus ditindas, dihina seolah-olah ada pihak ingin mencabar umat Islam sejagat. Siapa yang mencabar dan siapa yang empunya agenda?

Diandaikan ummat Islam seluruh dunia ini bagaikan suatu jasad. Jasad kita mempunyai berbagai anggota yang berlainan bentuk, saiz dan peranannya. Semua anggota jasad ini bekerjasama antara satu sama lain. Seluruh anggota jasad dihubungkan dengan pengaliran darah. Pengaliran darah ini memberi kesan yang amat penting bagi sesebuah jasad. Sekiranya darah kotor, berbagai-bagai penyakit akan timbul di jasad tersebut. Difahamkan, penyakit bisul timbul juga kerana darah yang kotor. Malah, sekiranya darah tidak mengalir, jasad tidak akan berfungsi lagi. Anggota-anggota jasad tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain lagi. Begitulah pentingnya darah bagi sebuah jasad.

Darah bagi ummat ini ialah 'AMAL'. Amal lah yang menyatukan ummat ini seluruh alam, walau berlainan bangsa dan negara. Sekiranya ummat ini meninggalkan amalan agama yang sebenar, tidak lagi mentaati perintah Allah dan mengikuti sunnah nabi s.a.w, bererti AMAL ummat ini dipenuhi dengan kekotoran demi kekotoran. Apabila amal umat ini dipenuhi dengan kekotoran, penyakit pun timbul dalam jasad ummat ini. Kerana itulah penyakit demi penyakit telah datang kepada ummat ini. Ummat ini telah menjadi seperti hidangan yang sedang diratah oleh orang-orang kafir.

Hari ini ramai yang marahkan Amerika. Ramai yang membuat demonstrasi menunjukkan penentangan terhadap Amerika dan sekutunya. Bagus. Alhamdulillah Syukur. Tetapi bagaimana pula dengan
amalan AMERIKA yang berada dalam diri kita. Apakah kehidupan kita hari ini lebih menyamai kehidupan Amerika atau kehidupan suci murni nabi s.a.w. Adakah fikir kita menyamai fikir Amerika atau fikir nabi s.a.w. Apakah usaha kita menyamai usaha orang-orang Amerika atau menyamai usaha nabi s.a.w dan usaha para sahabat? Apakah kerisauan kita menyamai seperti kerisauan orang-orang Amerika atau menyamai kerisauan nabi s.a.w. Sekiranya kehidupan kita lebih mirip kepada kehidupan Amerika, bagaimana harus kita membuat demontrasi dan Boikot barangan Amerika!

Hari ini kita mengatakan benci dan penentangan terhadap Amerika, tetapi kehidupan Amerika itu kita ambil! Orang-orang Barat (Amerika khasnya) menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupa mereka, kita juga menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupan kita. Dalam masa yang sama, kita mengatakan kita menyayangi Baginda nabi saw, tetapi sejauh mana hala tuju kehidupan nabi menjadi hala tuju kehidupan kita? Sejauh mana kita telah ambil kerisauan nabi sebagai kerisauan kita. Di saat wafat nabi saw hanya risaukan ummati dan solat, sejauh mana kita hari ini menjadikan ummat ini dan kepentingan solat sebagai keutamaan fikir risau bimbang kita?

Sesungguhnya, Amerika atau Israel tidaklah sehebat mana. Sebaliknya kita hari inilah yang telah lemah. Amerika tidak kuat tetapi kitalah yang lemah. Kita lemah kerana kita telah jauh dari pertolongan Allah. Pertolongan Allah akan datang hanya apabila ummat ini kembali kepada maksud kehidupan mereka yang sebenar. Apabila AMAL ummat ini menepati piawaian amalan agama, nusrah (bantuan) Allah akan mengiringi ummat ini.

Jadi, apakah penyelesaian yang terbaik yang perlu kita ambil untuk membersihkan ummat ini dari berbagai-bagai penyakit yang melanda? Ummat ini perlu disedarkan segera agar kembali kepada kehidupan mereka yang sebenar. Berapa banyak masjid yang menjadi kosong? Berapa ramai orang Islam yang meninggalkan solah? Berapa ramai ummat ini yang terikat dengan amalan RIBA? Penyakit-penyakit inilah yang perlu dibersihkan segera.

Allah swt telah memberi nusrah / bantuannya kepada ahli-ahli Badar. Tetapi Allah swt tidak mengatakan bahawa nusrahnya khas untuk ahli-ahli Badar sahaja, sebaliknya Nusrah Allah akan dikecapi sekiranya kita kembali kepada amalan ahli-ahli Badar. Memang kita tidak akan mampu menyamai mereka, sekurang-kurangnya kita menuju ke arah itu.

Allah maha mengetahui...

3 comments:

Jim. Heris said...

salam,
izinkan saya meletakkan blog anda di bloglist saya.
TQ

Tamindhari said...

terima kasih. Saya izinkan. sebagai membalas jasa baik tuan, blog tuan juga saya letakkan di bloglist saya.

'aRyN QisTiNa said...

Assalamualaikum..
sy berminat skali dgn isu2 yg diketeghkan..
syabas..
syukran.

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails