Alkisahnya, ada seekor anak harimau dikelilingi oleh anak-anak kambing. Anak-anak kambing telah membuli anak harimau ni. Anak harimau begitu sedih dan bermuram durja. Menangislah anak harimau yang seekor ni.
Anak harimau perhatikan diri anak-anak kambing. Dia merasakan dirinya ada kekurangan. Diperhatinya, anak-anak kambing semuanya ada tanduk, sedangkan dirinya tiada tanduk. Anak harimau pun terfikir, mungkin kerana kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tanduk menyebabkan anak-anak kambing membulinya. Bertambah sedihlah anak harimau memikirkan tentang kekurangan ang ada pada dirinya.
Anak harimau pun terfikir, sekiranya aku pun ada tanduk, pasti aku boleh lawan anak-anak kambing yang ada tanduk itu. Anak harimau pun menadah tangan berdoa pada Allah, "Ya Allah, berilah aku tanduk seperti yang kau beri pada anak-anak kambing itu agar aku juga dapat melawan kembali anak-anak kambing yang durjana itu. Mereka telah menzalimi aku."
Sebenarnya, anak harimau ni telah tersilap. Anak harimau ni tidak menyedari bahawa Allah s.w.t telah memberi kekuatan pada suaranya (ngaumannya), tetapi anak harimau ni tak menyedari menyebabkan anak harimau memohon perkara yang silap.
Sekiranya anak harimau ni keluarkan suaranya (mengaum) pasti anak-anak kambing akan bertempiran lari, malah bapak-bapak kambing dan tuan-tuan kambing akan lari jugak!
Begitu jugaklah umat Islam hari ini. Apabila kita dibedil, ditindas dan dizalimi oleh orang-orang kafir, kita mula perhatikan apa kelebihan yang ada pada diri mereka. Kita tidak perhatikan apa kekuatan yang Allah s.w.t berikan pada kita.
Kita hari ini perhatikan orang kafir mempunyai senjata, ketenteraan, kewangan, ekonomi yang hebat. Kita pun menyangka kerana perkara-perkara inilah orang kafir dapat menzalimi kita. Kita pun berusaha mendapatkan perkara yang sama. Kita pun nak lawan mereka dengan senjata, ketenteraan, ekonomi dan asbab-asbab yang zahir.
Cuba kita fikirkan apakah kekuatan kita yang sebenarnya. Kekuatan yang Allah s.w.t telah berikan kepada sahabat-sahabat nabi hinggakan 2/3 dunia jatuh di bawah tapak kaki sahabat. Kekuatan yang menyebabkan 313 tentera Badar dapat mengalahkan 1000 orang musuh.
Kekutan itulah yang perlu kita usahan hari ini, disamping asbab-asbab zahir yang lain.
2 comments:
Saya tetarik dan bersetuju dengan persepsi saudara dalam kurangnya kesedaran Umat Islam tetang kekuatan sendiri.
1.3 billion umat Islam vs 7 juta yahudi Israel. Dari situ sudah jelas.
Nan Naga,
memang benar ler lebih kurang 1.3 billion umat Islam di dunia, tetapi berapa peratus yang amalkan agama?
Ambil kira solat cukup ler, berapa peratus yang mendirikan solat? Nabi saw bersabda, sesiapa mendirikan solah dia mendirikan agama, sesiapa meninggalkan solat, dia meruntuhkan agama.
Kira sendiri ler, berapa peratus yang sedang mendirikan agama dan berapa peratus pula yang sedang meruntuhkannya...
Post a Comment